Monday, February 14

14 FEB & Leftenan Adnan

salam maulidur-Rasul kepada semua readers...tapi itu untuk esok bersempena dengan kelahiran idola kita semua yang beragama Islam, yakni junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w! ok, tapi itu untuk esok laa 15 FEB 2011...tapi, c'chemp nak cerita pasal hari ni 14 FEB 2011, takpun kita buang tahun 2011 tu maka jadi 14 FEB jer.. apa yang menarik sangat dengan tarikh keramat 14 FEB ni??? toiiinkkkkk!! dah dapat agak bukan?? 14 FEB sangat sinonim dengan HARI KEKASIH... ye ker??  dari mana laa pula tarikh 14 FEB ni boleh jadi hari untuk mereka yang berkasih?? haaa, itu readers semua kena selongkar sendiri, c'chemp malas nak cerita... tapi, yang penting HARAM bagi kita nak sambut ataupun mengagungkan 14 FEB sempena HARI KEKASIH...


OK! CUTTTTTTTT....

kembali kepada niat asal c'chemp...sebenarnya idea untuk tulis entry ni datang masa c'chemp dinner dengan kawan c'chemp tadi...masa tu pula tengah Buletin Utama dekat tv3...keluar satu gambar ni...alaaa, gambar ni yang kat bawah ni... cetengok-cetengok (cuba+tengok=cetengok)!



 ...inilah dia wira negara - Leftenan Adnan Saidi...


 Leftenan Adnan- ihsan dari wikipedia

          Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.
          Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
          Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .


nak dipendekkan cerita 14 FEB yang c'chemp maksudkan ialah tarikh dimana Leftenan Adnan dan rakan-rakannya telah terkorban semasa menentang askar Jepun pada waktu itu...kejam!! cara Leftenan Adnan dibunuh oleh askar Jepun sangat tragis... sila baca!

          Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
          Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. 
     Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
          Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).


dan sebenarnya, c'chemp sangat bangga setiap kali ada orang bercakap tentang Leftenan Adnan..sebab nya ialah C'CHEMP PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN LEFTENAN ADNAN (batch '97-'02)!! weehuuu~

tadaaa!! yang ni lencana sekolah c'chemp - SKLA... dah bertahun dah c'chemp tinggalkan sekolah ni, tapi nama SKLA sentiasa ada dalam ingatan c'chemp...

...LENCANA SKLA...


dan yang ini pula buku sekolah..alaa, kan tiap-tiap akhir tahun akan ada buku pasal aktiviti yang sekolah buat, gambar kelas bagai..haaa, ni namanya TITIAN SKLA... tengok tu, siap ada gambar Leftenan Adnan lagi...




...TITIAN SKLA...


selongkar punya selongkar, rupanya SKLA pon ada blog jugekkk..ahaaakksss! tahniah2, satu movement yang baik oleh pentadbiran sekolah...tapi siapa ek guru besar sekarang??? ermmm, seingat c'chemp zaman c'chemp dulu Cikgu Abdul Jalil pastu ganti dengan Pn Rapichah...pastu dah tak tau...ngeh3x...


itu hanya banner blog SKLA jer, nak tengok sila laa ke blog SKLA dan sekarang ni, rasa sangat rindu dengan kawan-kawan SKLA, cecikgu SKLA, skandal2 di SKLA (woOOppsss! abaikan) dan semua nya!!

rasanya juga, readers semua tahu dan pernah tengok ataupun hanya tahu dan tak pernah tengok filem yang tentang perjuangan Leftenan Adnan...ketahuan?? haih, bagi yang tak tahu tu... c'chemp tak tahu nak cakap apa kat korang.. huhuhu... tapi bagi yang tahu, mesti dapat bayangkan macam mana keadaan Leftenan Adnan dan rakan-rakan berjuang pada waktu tu kan...sadis! siapa-siapa yang belum tengok, silaaaa rajin-rajinkan tengok filem patriotik ye...

...filem patriotik Leftenan Adnan...



apapun, yang penting disini c'chemp nak pesan untuk diri sendiri dan semua readers... sebagai generasi muda, kita patut tahu tentang sejarah! sejarah Malaysia, wira negara, pembelot negara, ekonomi ke pendidikan ke hapa ke, semua kena tahu! sebab sejarah akan berulang, tapi kita mampu jadikan sejarah yang dulunya hitam, kepada yang baik...renung-renung kan ye...


p/s: kepada warga SKLA batch 1997-2002, dimanakah kamu??!!!


c'chemp


3 comments: