Saturday, January 16

|| selingan jer.. ||

anda semua pernah tak terfikir untuk BERKAHWIN???? tettt.....apa ke peliknye c'chemp buka topik ni....isy3x.....tenang wahai cayunk-cayunk c'chemp sekalian ye...sebenarnya, ni ilmu yang c'chemp dapat daripada seseorang yang c'chemp kenali...yang c'chemp panggil dia "ABANG"..

ni apa yang abang bagitau kat c'chemp la ye... kita renung-renungkan bersama...


"kalau abang nak kahwin nanti, abang akan pastikan yang abang ni cukup dengan ilmu agama...sebab tugas suami adalah untuk membimbing isteri dan keluarga dia..maka kalau tak cukup ilmu agama dalam diri abang, macam mana abang nak jadi ketua keluarga yang baik kan..."
"abang tak kisah kalau jodoh abang nanti tak cukup ilmu agama, sebab bila ilmu agama abang dah penuh di dada, insyallah abang akan dapat membimbing isteri abang tu nanti..."
"kalau bab anak pula, abang nak 5 orang anak...yang sulung abang nak lelaki, sebab anak lelaki sulung akan menjadi ketua keluarga bila abang dah tak ada nanti, yang lelaki sulung ni la yang akan jaga adik-adik dia...anak yang ke-2 pon abang nak lelaki, sebab dia boleh tolong abang sulung dia untuk jaga keluarga...yang ke-3 dan ke-4 anak perempuan...yang ke-5 pon abang nak anak lelaki, sebab nya sama, bila abang-abang yang kat atas tu dah ada keluarga sendiri, anak lelaki yang kecik ni boleh jagakan kakak-kakak dia, juga, kalau abang yang 2orang tu dah tak ada, adik lelaki ni boleh jadi wali bila kakak2 ni nak kahwin..."
"abang nak nama kan anak-anak abang dengan nama tokoh-tokoh agama..dan semestinya dipermulaan nama tu ada nama Muhammad, walaupun sorang...sebab, kalau dalam keluarga kita, yang lelakinya sorang pon tak ada nama rasul kita, ibubapa tu akan dianggap jahil pada pandangan agama kita..nama Muhammad tu kan bermaksud 'yang terpuji', dah tu kenapa pula kita tak nak namakan anak kita dengan nama yang baik-baik macam tu kan..."


hurmm, apa pandangan anda semua?? c'chemp rasa ada betulnya apa yang abang cuba sampaikan...kadang-kadang tu, guru agama pon tak pernah nak bagitau kita semua pasal hal-hal macam ni...nampak je remeh, tapi sebenarnya penting sangat...
=)





c'chemp

Friday, January 8

terkubur jua akhirnya...

dan akhirnya.....kata putus dari mr.T,dia mahukan supaya hubungan ini berakhir disini saja disini...ini keputusan dia yang muktamad!! ya muktamad....alasan yang diberikan??? biarlah menjadi rahsia c'chemp saja...tak perlu dipanjang-panjang kan lagi...

semuanya dah berakhir....kali ni mr.T betul-betul nekad sebab dia bagitau c'chemp yang dia sebenarnya dah guna no lain..dia dah tak guna no yang c'chemp tahu....hurmm, patotla kan, c'chemp call dan sms, tak berbalas langsung... =(

maka, dengan rasminya hari ini 8hb JAN 2010, saya, c'chemp telah kembali SOLO!!! dan sila ambil perhatian ye, c'chemp bukan nak sesaja seronok sebab dah kembali SINGLE&AVAILABLE, sedih tu tetap ada tapi c'chemp kene laa terima apa yang dah terjadi..


kepada mr.T,
terima kasih kerana nuncul jua akhirnya selepas lama saya mencari...
terima kasih juga sebab berterus-terang dan memutuskan apa yang perlu dilakukan
dengan hubungan kita...untuk pengetahuan awak, saya tak menyesal dengan hubungan kita..
cumanya mungkin banyak halangan yang kita tak duga dan kita tak
mampu nak tempuh sama-sama...semua memori kita, saya akan ingat...
semoga kita boleh terus bersahabat..


salam sayang~

Tuesday, January 5

[abaikan selepas membaca]

SEKADAR LUAHAN HATI


minggu ni genap 3 minggu aku dan mr.T tidak berhubung...seingat aku, 3 minggu sebelum perkara ni, hubungan antara aku dan mr.T sangat baik..walaupun pada sebelumnya juga kami telah bergaduh besar atas sebab-sebab yang tertentu, tapi kami berdua berjaya untuk menyelesaikan perselisihan faham tersebut..dan pada minggu kami telah berbaik seperti sedia kala itu, kami telah bercadang untuk keluar bersama..saat itu, aku cukup teruja kerana kami bukanlah seperti pasangan kekasih yang lain..yang mana selalu sahaja punya waktu dan ruang untuk bersama..dapat berjumpa sekali sekala, sudah cukup buat aku mahupun mr.T sendiri...kerana kami berdua memahami kesulitan masing-masing yang masih belajar dan berlainan tempat belajar...


sebenarnya, hingga ke saat ini, aku masih tertanya-tanya, apa sebab hubungan kami menjadi keruh seperti hari ini.. hendak dikatakan kami bergaduh, pada awalnya ya betul, tapi semua itu telah selesai...aku tidak dapat untuk menghubungi mr.T sejak hari yang mana sepatutnya hari untuk kami berjumpa...sedaya upaya aku cuba untuk menghubungi dirinya...tapi, telefon bimbitnya tidak berangkat walaupun berdering...aku tidak syak apa-apa pada waktu itu kerana memikirkan yang mr.T mungkin sibuk memandangkan dia baru sahaja menghabiskan peperiksaannya pada minggu terbabit..pada sebelah malamnya, aku mencuba lagi untuk menghubungi mr.T menerusi kedua-dua telefon bimbitnya..masih lagi tidak berjawab..aku menjadi bengang..tapi aku tidak membiarkan perasaan itu menguasai diri aku... aku cuba menjadi rasional lalu membiarkan sahaja perasaan amarah aku itu..


setiap hari aku cuba menghubungi mr.T..dan setiap kali itu jugala, tiada sebarang jawapan yang aku terima..kebengangan cukup terasa!!dan aku mula berfikir, adakah aku telah membuat kesalahan kepadanya....dan bila difikirkan semula, segala perselisihan kami, telah kami selesaikan.. tapi kenapa hubungan kami jadi seperti sekarang?? satu persoalan yang sangat merunsingkan diri aku...


teman-teman rapat selalu bertanyakan tentang mr.T...namun, apa yang aku hendak beritahu kepada mereka?? kerana aku tidak tahu langsung dimana mr.T, bagaimana keadaanya selama 3 minggu ini...secara jujurnya, aku rasa sangat tertekan!! ya, sangat-sangat tertekan...tapi aku cuba kuatkan semangat, walaupun yang tinggal hanyalah sisa-sisa kesabaran aku...


bukan aku tidak cuba untuk meringankan beban di hati aku ini dengan berkongsi bersama teman aku yang rapat...namun, pabila setiap kali aku bercerita, aku terasa seperti aku telah mengaibkan mr.T..seperti aku cuba mereka cerita!! segalanya seperti aku cuba meletakkan kesalahan ke atas mr.T...bagi aku ini tidak adil, kerana hanya satu pihak sahaja yang terlibat…


jujurnya,satu sudut diri aku ini, cuba memberontak dengan selalu mengatakan bahawa semua ini salah mr.T!! salah dia kerana dia tidak cuba untuk menjernihkan semula hubungan kami..salah dia kerana tidak memberitahu aku apa kesalahan aku pada kali ini sehinggakan dia tidak mengendahkan aku lagi!! dan yang lebih teruk, 'sudut hitam' aku mengatakan, mr.T sudah ada kekasih hati yang lain!!


seharusnya aku berasa gembira seandainya mr.T sudah bertemu dengan gadis yang lain yang menyintai dirinya lebih baik dari aku...aku tahu, sejak dari dulu lagi, hati aku tidak begitu berkenan dengan mr.T...sehingga ke hari ini...namun, diatas komitmen sebagai teman istimewanya, aku cuba untuk menyayangi dan mencintai mr.T sedaya yang mungkin...aku akui, rasa sayang telah lama terbit dalam diri aku semenjak kami memulakan persahabatan kami 5 tahun dahulu...namun, aku telah berterus-terang kepadanya yang rasa cintai belum lagi bercambah di hati aku...berjuta kali aku memohon kemaafan kepadanya...bahkan aku mengatakan yang aku akan mencuba untuk mencintainya dari masa ke masa...


tatkala aku menulis coretan hatiku ini, aku masih lagi tidak dapat menghubungi mr.T…5hb seharusnya menjadi tarikh keramat buat kami kerana pada bulan Januari 2010, genaplah 5 bulan hubungan cinta kami…yang semakin membuatkan aku terasa hati adalah disebabkan peristiwa semalam…aku mengakses ke laman sembang Yahoo! Dan tiba-tiba ada notis “mr.T offline”! apa maknanya??? Sebaik sahaja aku ‘online’, mr.T terus menukar statusnya kepada ‘offline’!!aku merasakan yang mr.T marah terhadap diri aku…


aku rasakan diriku seakan tidak mampu lagi untuk menahan ujian ini…adakah mr.T sengaja mencipta ‘permainan’ ini, semata untuk menguji diri aku, perasan aku terhadap dia??? Ada kemungkinannya disitu..tapi walauapapun yang aku cuba huraikan bagi setiap persoalan di benak hati aku, akan aku cuba untuk bertahan supaya penjelasan dapat diberikan oleh mr.T sendiri…mungkin dia perlukan ruang untuk berfikir ke mana hala tuju kisah cinta kami ini..


banyak rintangan yang hubungan ini terpaksa tempuhi..baik dari diri kami berdua mahupun pihak keluarga ataupun juga rakan-rakan…seandainya benar mr.T memerlukan masa untuk memikirkan buruk dan baiknya hubungan ini, aku rela menunggu saat itu..namun, aku juga punyai hati dan perasaan..punyai tahap kesabaran yang amat terhad…aku tidak begitu kuat untuk menunggu lagi…


orang kata, menangis merupakan salah satu cara untuk kita meringankan beban dihati kita…aku sangat teringin untuk menangis!!! Menangis sepuasnya supaya aku tidak perlu menyimpan segala perasaan yang sangat mengguris ini di dalam hati…tapi tidak!! Aku tidak boleh!!! Aku bukanlah jenis manusia yang senang untuk mengalirkan air mata….aku lebih rela menyimpan segala perasaan yang terbuku di hati itu sendirian…dan orang juga berkata, kalau kita menyimpan perasaan, buruk padahnya….aku setuju dengan pendapat itu!! Tapi percayalah, bukannya aku tidak mencuba untuk meluahkan, tapi itu bukan cara aku…sepertinya, apa yang aku sampaikan dimulut, langsung tidak sama seperti apa yang berada di dalam hati aku…apalah gunanya jika perasaan yang sama masih lagi bersarang dihati sekalipun aku telah meluahkannya dengan kata-kata??


Secara relevannya,kepada siapa lagi aku harus meminta pertolongan??aku hanya ingin tahu, apa silap dan salah yang telah aku lakukan...kenapa aku diperlakukan sebegini...dan semua ini hanya boleh dijawab oleh mr.T sendiri…tapi bagaimana caranya untuk aku mendapatkan kata dua itu sedangkan tuan empunya badan hanya menjauhkan diri…jauh dan semakin jauh…


Kepada mr.T,

Sayang minta maaf..sayang tahu banyak kekurangan diri sayang sebagai teman istimewa cayunk..sayang minta maaf…kali ni sayang tak kuat, kesabaran sayang semakin hilang…jangan dipanjangkan masalah kita…sayang perlu tahu apa kesalahan sayang pada cayunk..dan cayunk perlu bagitahu apa masalah kita sebenarnya…mengelakkan diri dan berdiam diri itu bukan caranya…tolonglah…

-sayang-


Kepada para pembaca, ini adalah semata-mata luahan c’chemp..bukan niat c’chemp untuk memburukkan sesiapa…cumanya, bagi c’chemp ini adalah tempat untuk c’chemp meluahkan isi hati c’chemp…jangan diambil peduli kisah c’chemp ini…cukuplah sekadar sebagai tatapan anda untuk membacanya…doalah yang terbaik buat kami…sesungguhnya, jodoh pertemuan mahupun hidup dan mati seseorang itu hanyalah Allah yang berkuasa untuk menentukan…sekian~~

L.O.V.E

dear my cayunk....
today is OUR 5th month of anniversarry....
i wish i can phone u now and directly wish it to u....
but i know, i cant....

happy anniversarry once again...
i know that the past 5months, OUR love story facing a lot of difficulties....
and i know, we both tried OUR best to overcome all those things....

dear my cayunk....
i bare i cant beat ur love towards myself...
from past years until today...

and i do make myself to love u as much that i can....
i swear i did it...
from the time i accept to be urs until today....
and i keep to do it...

~~happy anniversarry~~

Saturday, January 2

saya suka awak!! [part 2]

hye guys..kembali kte utk sambungan cte terhangat drpd c'chemp...sebelum tu, sila ambil perhatian ye, cte yg c'chemp sampaikan ni, adalah cte yg benar lagi betul..xmain la nak reka2 cte ni utk dptkan publisiti murahan@MEN-CA-PUB!

anyway..still remember the [part 1] entry?? if not, better u guys read it once again and then u can continue with this [part 2] entry.. bukan ape, takut ade yg xpaham salahsilah cte ni..eh cOOOPP!! bukan salasilah, tapi krOnOlOgi cte ni k.. wawawawawa~~ =D

before that, memperkenalkan watak baru iaitu MELAH.. MELAH ni is ex-gf kepada si LEMAN.. so, again:
"saya suka awak!!! [part 2]", starrring:
***LEMAN***,***JOYAH*** &***MELAH***


ok, nOw [part 2], lets begin: seperti biasa, modus operandi is SMS ye..

LEMAN= "miss u always, tapi nak wat cmne, xde rezeki nak dengan awak kan..huhuu"
JOYAH= "lerrr, xpela..bukan nye saya sorg je gurl dlm dunia ni..ramai lagi yg ade kat luar tu..
nanti kalau dah jumpe awek lain, jgn lupe inform kat saya taw"
LEMAN= "xmOla..nak tunggu awak juga..insyallah, kalau xde pape jd kat saya..heee"


LEMAN= "kalau nak tahu, semalam MELAH sms saya.. first time lepas kitorg break up..
dia tanya saya, saya syg dia lagi atau pun x!"
JOYAH= "Ou ye??? apa lagi yg MELAH ckp kat awak??"
LEMAN= "dia bercerita pasal hal lama kami..saya xberdendam dengan dia pasal apa
yg dah terjadi...saya terima..."
JOYAH= "emm, xpe2..jgn cte kalau awak xnak cte...not to worry ok =) "
LEMAN= "kalau dia tau, awak kawan dengan saya mesti dia ANTI dgn awak nanti an???"
JOYAH= "xdelaa....mula2 sekali is saya xrampas awak dr dia, kalau itu apa yg MELAH pikir kan..
coz kte dh jadi kawan since MELAH kenalkan saya pada awak masa korg still on lagi..eventhough masa tu status 'kawan' kte still not official, but we still dh kenal dl an?"


***p/s: sebenarnye MELAH tu kawan JOYAH, agak rapat jugalaa..LEMAN kenal JOYAH pun sebab MELAH yg kenalkan diorg.
.yela, senang ade kawan gf, takut ade pape nanti leyh cari kawan tu tanyakan pasal gf, ye x? hehehe***



sambungan....

LEMAN= "saya syg awak!"
JOYAH= "tQ"
LEMAN= "saya akan tunggu awak..itupun kalau saya panjang umur..
awak pon tahukan tuntutan kerja saya macam mana.."
JOYAH= "insyallah..."
LEMAN= "nanti kte msg lagi ea, ade keje sikit..I KILL U.."
JOYAH= "KILL ME??pastu saya dah xde dh..padan muka! =p "
LEMAN= "kill maen2 je laa cyg..jgn la pergi..ku mencintaimu..huuuuu~~"
JOYAH= "awak ni, demam ke?? merepek jer taw..."
LEMAN= "memang pon, demam cinta awak!!"


seterusnya....

JOYAH= "MELAH ade msg lagi??"
LEMAN= "ade,masih tentang hal lama kami.."
JOYAH= "masih marahkan dia??"
LEMAN= "kalau saya ckp xmarah, nanti awak kata saya sayang dia lagi....kalau cakap marah pula, awak engat saya berdendam..entahlaa...saya xnak tahu pasal dia dh"
JOYAH= "wOOppsss!! kemaafan...xniat nak wat awak mOOdy..sorry2"


LEMAN= "hujung minggu ni saya ade keje luar..saya rasa xsedap hati"
JOYAH= "urm..just becarefull ok.."
LEMAN= "yela..kadang2 awak ni mcm adik, kadang2 tu macam kawan,
dan kadang2 macam gf saya..time kasih.."
JOYAH= " wOw, 3 in 1..pakej lagi tu..hahahaha...saya hanya jalankan tugas sebagai kawan..itu sahaja.."
LEMAN= "dia ni suka main2 tau..saya ngah serius ni.."
JOYAH= "eh betol laa..mana ade saya main2.saya serius la ni..nak marah2 pl..huh!!"
LEMAN= "saya gurau je laa..jgn laa amik hati ye..dlm sesuatu hubungan tu mesti ade gurau senda, perselisihan, mesti ade pahit manis..barulaa best, heee"


LEMAN= "kalau saya dengar lagu KERTAS-Kekasih Yang Tak Dianggap,saya mesti engat awak"
JOYAH= "how sweet... =) tapi nape ek??"
LEMAN= "ntahlaa..lagu tu memang untuk awak..kawan2 saya mara kalau tengok saya main msg dengan awak..diorg xbagi saya couple2 lagi"
JOYAH= "diorg tau ke sape saya??"
LEMAN= "xtau pon...diorg tu kesian je sbb saya break up ngan MELAH..
nanti agak2 kalau rindu saya, dengar laa lagu KERTAS tu ye.."


sambung lagi....

JOYAH= "knape awak sayang saya??"
LEMAN= "awk takut saya bls dendam pasal MELAH kat awak ke??"
JOYAH= "eh xde laa sampai ke situ, tanye je..nak tau.."
LEMAN= "engat masa 1st time MELAH kenalkan kte dlm hp?? masa tu MELAH cte pasal awak..
dan saya tau, awak ni baik org nye."
JOYAH= "teeTTT, baiklah sangat...hahaha..biasa2 je saya ni..
jahat juga kekadang..jahat2 nakal gtu.. =] "



############THE END############


hmm, apa pendapat anda semua?? ape kesudahan LEMAN&JOYAH?? MELAH pl macam mana?? c'chemp pon xdpt nak agak ape yg akan jadi..sebenarnye, ade beberapa part sms yg xde coz, request drpd JOYAH...

Ou ye, c'chemp ade dgr ura2, ade yg nak cuba meneka2 sape kah empunya nama LEMAN&JOYAH....sampai ade yg rasa JOYAH tu is c'chemp...haih, jgn la begitu.. kenape korg rasa c'chemp pl?? haaa,mgkn korg musykil mcm mana c'chemp leyh dpt sms2 LEMAN&JOYAH an???

well, e2 rahsia kerajaan ye!! mcm yg c'chemp pernah kOba kan masa [part 1], sms2 ni c'chemp ade ubah2..which means, not totally 100% correct..BUT, c'chemp dh minta permission from JOYAH utk publish kan cte dia dlm blog c'chemp...krenye, b4 entry ni dipublishkan, JOYAH dah saring dl...mana yg dia xberkenan, xdelaa c'chemp masukkan..

so, dh clear ke??? kalau nak teka juga sape JOYAH&LEMAN, silakan...tapi jgn tanya c'chemp eh...secret mehhhh..hehehehe....

adiOsssssa!!




c'chemp

Friday, January 1


*********************************************
GOODBYE-2009
*********************************************
||
||

||

||

||

||

||

||

||

||


*********************************************
WELCOME-2010
*********************************************