Saturday, February 26

"kalau akak dapat FOUR FLAT, ayah amik Myvi tu!!"

mari c'chemp mulakan dengan dialOg sentap daripada ayah c'chemp...

"kalau akak dapat FOUR FLAT, ayah amik Myvi tu!!"

rasa macam kena pukau pula... hahaha.... then, c'chemp tersedar!!! alamak, kena 4flat baru dapat kereta??!! aigOOO.... itu tak mustahil tapi macam susah je nak capai.. ngeee~~ tapi sebenarnya mengikut perancangan dan kira-kira c'chemp, c'chemp nak bawa kereta ke uia pon bila c'chemp dah masuk ke tahun-2 kat uia ni... sekarangkan masih lagi as freshie di uia, so jalan sekitar uia ni pon c'chemp ingat-ingat lupa lagi, nanti tak pasal-pasal tersesat, tak sampai ke uia! siapa nak jawab??

bab kereta ni timbul sebab moto yang c'chemp bawa ke uia, tak habis-habis pancit je memanjang... last pancit, minggu lepas...itu yang kali ke-4!!! kadang-kadang rasa macam ada " tangan jahat " jahat yang buat  semua tu... tapi dipikirkan semula, takkan laa pula sebab siapalah c'chemp dekat uia tu, bukan MPP pon!! perasaan jerrrr....lalalala..

sekian, terima kasih!





p/s: OH myvi!! yOu'll be mine...



c'chemp

Tuesday, February 22

blOgwalkin' : maria elena, caersasuke, nerdy nadea

sempat jugeekkkk c'chemp blOgwalkin' hari ni..hehehe...ok, hari ni c'chemp sempat terjah 3 blOg yang menarik... firstly - MARIA ELENA; maria bubuh nama link dia as 'peliks', tettt!! pelik ker?? readers semua try laa nengok apa yang pelik nya tentang maria elena ni.. bagi c'chemp she's cute sebab dia main belasah je apa yang dia nak buat, be herself! plus, maria ni ala-ala yuna laa sikit kalau tengok kepada style dia pakai shawl..emm, cantik! next blogger - CAERSASUKE; ni mesti kaki tengok anime ni kan?? yelaa kalau dah nama cenggitu...hahaha...lupa laa macam mana c'chemp boleh ter-terjah blog caer ni, tapi yang pasti blog dia sangat menarik sebab caer banyak cerita tentang benda-benda yang amazing+wonderful miracles kat dalam dunia ni..ada satu post tu caer cite pasal 'lubang terbesar di dunia'.. wOw, menakjubkan! go caer go! dan blogger terakhir yang diterjah blOg nya oleh c'chemp - NERDY NADIA; orang nya comel je...nice to see...blOg pon best juga nak dibaca...

so, readers semua...sila-silakan menerjah blOg mereka bertiga yang di atas tu ye...selamat malam!



c'chemp


it's MINE



" MUDAJAYA SCHOLARSHIP"
"UEM SCHOLARSHIP"
"HONDA 2011 SCHOLARSHIP"



..mine and mine...






c'chemp

Thursday, February 17

"kalau ada apa-apa abang mesej tau", kata mohd din

situasi1, jam 2000

mohd din : ayang, tengah buat apa??
c'chemp : baru lepas solat...abang tido ke tadi?
mohd din : haah, abang baru bangun...penat sangat...
c'chemp : emmm, bangun solat dulu... lepas tu sambung tido, ok!
mohd din : okay laa, abang solat dulu ye..
mohd din : kalau ada apa-apa abang mesej tau...
c'chemp : alaaaaa...
mohd din : hahahhaha [gelak besar-besar]
mohd din : kesian dia...
c'chemp :  ye laaa, time ada apa-apa je abang baru nak mesej...cehhh...
c'chemp : dah laa, bangun!! solat dulu...
mohd din : ye, abang solat ea...



situasi 2, jam 2059

mohd din : dah makan?
c'chemp : dah..kat mana tu?
moh din : kat kedai, tengah tunggu makanan sampai...
mohd din : malam ni abang ada keje sikit dengan abang K...
mohd din : tido dulu ok...
c'chemp : ye laa..
c'chemp : cakap sikit ayat tu!
mohd din : nanti abang mesej, abang ada keje sikit malam ni...
c'chemp : cakap ayat penuh...
mohd din : [sambil gelak] abang ada keje malam ni dengan abang K...
mohd din : [sambil gelak] ada apa-apa nanti abang mesej ayang..
c'chemp : kecewa!
mohd din : [gelak lagi] alaaa, senang cakap macam ni laa...
mohd din : abang tak mesej malam ni...
mohd din : tengah malam sikit kalau abang free, abang call...ok??
c'chemp : hahahhahaha...[gelak guling-guling]
c'chemp : dah laa, saya gurau je...tapi frust laa jugekkkk...




p/s: dah macam nak kena ada appointment kan dengan bf sendiri?? hahaha.. kalau ada apa-apa baru nak mesej, kalau tak de apa-apa tak yah mesej...gitu??? renung-renungkan~~




c'chemp

Tuesday, February 15

buddy: leanna

c'chemp demam! uhukuhukuhuk. tapi, semangat! sebab mau tulis entry for my next buddy...
siapakah?? tadaaa~~




inilah dia LEANNA ahmad... macam-macam sebutan nama budak sorang ni...kejap Lana, kejap Lane, kejap Le-an-na... tapi serius, c'chemp suka panggil dia dengan nama LE-AN-NA! kenapa?? alaa, ada macam nama omputih sikit, ye tidak?? hehehe...

meh nak story sikit macam mana c'chemp kenal leanna ni...once upon a time~~ masa tu sem3 dekat  CFSiium, c'chemp duduk di hostel 'berhantu' namanya Mahallah Asiah ataupun AC...nak dipendekkan cerita, leanna ni adalah salah seorang rum8 c'chemp dalam bilik105...mula-mula tu biasa laaa, malu-malu kambing kan memasing, pastu dah lama semua naik 'syeikh' - tunjuk perangai memasing...hehehe..

sebelum ni, c'chemp tak ketahuan langsung pasal 'korean phenomenon', cuma c'chemp tahu pasal winter sonata, autumn in my heart dan my love patzi jer..yang lain, kirim salam laa nak tahu... maka, leanna ni rupanya korean fan...dan makanya, leanna laa yang dok kenalkan kan c'chemp dengan apa segala macam pasal korean arts... nak-nak masa tu tengah hot meletOp lagu SHinee - Ring Ding Dong... nah amik ko! tiap-tiap malam dok dengar dan tengok mv lagu tu... dan jangan terkejut, kalau c'chemp bagitau 1bilik kami - c'chemp, leanna, nazirah dan farahima, berlatih sakan dance lagu tu... tak percaya?? percayalah...hahahaa...

leanna sangat comel! hari tu time birthday c'chemp, dia tak wish on time...pastu esok nya, dia call... "shaz, aku mintak maaf...aku tak ingat, bukan aku lupe!! aku tahu besday ko, tapi..." ahhhhh, banyak laa ko nye kereTAPI leanna!! hehehee.... xpe, janji nanti jumpe kena denda, wOkey?!

c'chemp sayang dia! sebab?? entah, dia salah sorang rum8 c'chemp yang best! Oh ya, she's taken already okay guys.... sorry laa derr... =)



p/s: leanna kuat tido+makan, tapi comel je..




c'chemp

Monday, February 14

14 FEB & Leftenan Adnan

salam maulidur-Rasul kepada semua readers...tapi itu untuk esok bersempena dengan kelahiran idola kita semua yang beragama Islam, yakni junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w! ok, tapi itu untuk esok laa 15 FEB 2011...tapi, c'chemp nak cerita pasal hari ni 14 FEB 2011, takpun kita buang tahun 2011 tu maka jadi 14 FEB jer.. apa yang menarik sangat dengan tarikh keramat 14 FEB ni??? toiiinkkkkk!! dah dapat agak bukan?? 14 FEB sangat sinonim dengan HARI KEKASIH... ye ker??  dari mana laa pula tarikh 14 FEB ni boleh jadi hari untuk mereka yang berkasih?? haaa, itu readers semua kena selongkar sendiri, c'chemp malas nak cerita... tapi, yang penting HARAM bagi kita nak sambut ataupun mengagungkan 14 FEB sempena HARI KEKASIH...


OK! CUTTTTTTTT....

kembali kepada niat asal c'chemp...sebenarnya idea untuk tulis entry ni datang masa c'chemp dinner dengan kawan c'chemp tadi...masa tu pula tengah Buletin Utama dekat tv3...keluar satu gambar ni...alaaa, gambar ni yang kat bawah ni... cetengok-cetengok (cuba+tengok=cetengok)!



 ...inilah dia wira negara - Leftenan Adnan Saidi...


 Leftenan Adnan- ihsan dari wikipedia

          Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.
          Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
          Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .


nak dipendekkan cerita 14 FEB yang c'chemp maksudkan ialah tarikh dimana Leftenan Adnan dan rakan-rakannya telah terkorban semasa menentang askar Jepun pada waktu itu...kejam!! cara Leftenan Adnan dibunuh oleh askar Jepun sangat tragis... sila baca!

          Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
          Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. 
     Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
          Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).


dan sebenarnya, c'chemp sangat bangga setiap kali ada orang bercakap tentang Leftenan Adnan..sebab nya ialah C'CHEMP PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN LEFTENAN ADNAN (batch '97-'02)!! weehuuu~

tadaaa!! yang ni lencana sekolah c'chemp - SKLA... dah bertahun dah c'chemp tinggalkan sekolah ni, tapi nama SKLA sentiasa ada dalam ingatan c'chemp...

...LENCANA SKLA...


dan yang ini pula buku sekolah..alaa, kan tiap-tiap akhir tahun akan ada buku pasal aktiviti yang sekolah buat, gambar kelas bagai..haaa, ni namanya TITIAN SKLA... tengok tu, siap ada gambar Leftenan Adnan lagi...




...TITIAN SKLA...


selongkar punya selongkar, rupanya SKLA pon ada blog jugekkk..ahaaakksss! tahniah2, satu movement yang baik oleh pentadbiran sekolah...tapi siapa ek guru besar sekarang??? ermmm, seingat c'chemp zaman c'chemp dulu Cikgu Abdul Jalil pastu ganti dengan Pn Rapichah...pastu dah tak tau...ngeh3x...


itu hanya banner blog SKLA jer, nak tengok sila laa ke blog SKLA dan sekarang ni, rasa sangat rindu dengan kawan-kawan SKLA, cecikgu SKLA, skandal2 di SKLA (woOOppsss! abaikan) dan semua nya!!

rasanya juga, readers semua tahu dan pernah tengok ataupun hanya tahu dan tak pernah tengok filem yang tentang perjuangan Leftenan Adnan...ketahuan?? haih, bagi yang tak tahu tu... c'chemp tak tahu nak cakap apa kat korang.. huhuhu... tapi bagi yang tahu, mesti dapat bayangkan macam mana keadaan Leftenan Adnan dan rakan-rakan berjuang pada waktu tu kan...sadis! siapa-siapa yang belum tengok, silaaaa rajin-rajinkan tengok filem patriotik ye...

...filem patriotik Leftenan Adnan...



apapun, yang penting disini c'chemp nak pesan untuk diri sendiri dan semua readers... sebagai generasi muda, kita patut tahu tentang sejarah! sejarah Malaysia, wira negara, pembelot negara, ekonomi ke pendidikan ke hapa ke, semua kena tahu! sebab sejarah akan berulang, tapi kita mampu jadikan sejarah yang dulunya hitam, kepada yang baik...renung-renung kan ye...


p/s: kepada warga SKLA batch 1997-2002, dimanakah kamu??!!!


c'chemp


Sunday, February 13

HELP!




I AM DESPERATELY NEED MONEY!!


...SHOLARSHIP...
WHERE ARE YOUUUUUUUUUU????!!!


SCHOLAR!!
SCHOLAR!!
SCHOLAR!!!!!!!



come to me!




p/s: if ya'll have any info bOut any SCHOLARSHIP
straight away infOrm ME!!



c'chemp

Sunday, February 6

nur shazleena, 21 tahun


ding...ding...ding...
jam dekat dinding rumah c'chemp berbunyi bila je masa tu tepat pukul 12malam... masuk je 12malam tadi, bermakna dah masuk ke tarikh 6hb FEB... tarikh kelahiran c'chemp! yup, pejam celik pejam celik c'chemp dah masuk 21tahun... alhamdulillah, Allah masih panjang kan umur c'chemp untuk hidup di muka bumi ini...

terima kasih buat semua ucapan hari lahir yang c'chemp dapat; family c'chemp nyanyi lagu birthday pagi-pagi tadi, lagi menarik bila adik c'chemp yang kecik sekali, amirul syahmi pun nyanyi sekali dengan pelat-pelat comel dia..hehehe... ucapan selamat juga daripada mohd.din yang selalu disayangi, sahabat c'chemp seperti nazirah, farahima, niesa, ajib, haiQal serta semua rakan-rakan yang wish c'chemp sama ada melalui panggilan telefon, pesanan ringkas sms mahupun facebook!

semoga c'chemp diberi kasihatan yang baik, diberkati dan dirahmati Allah, disayangi oleh semua orang, sentiasa menjadi diri sendiri, sentiasa menjadi yang lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya..Oh, tidak lupa... semoga lebih matang untuk menghadapi hidup yang penuh dugaan ni! hehehe... sebenarnya banyak ucapan c'chemp untuk diri sendiri, antara lain berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, menjadi anak yang baik, menjadi kakak yang disayangi..hahaha... dan juga, hubungan yang berkekalan dengan mohd.din! ok cOp!! itu namanya menggatal... wawawa....

juga, supaya c'chemp lebih berani bila bawa kereta dekat jalan yang besar macam kat highway tu...tapi pastikan jadi pemandu berhemah ok, xmo laju2.... lebih maju dalam 'business&investment' yang c'chemp buat... pandai masak!!!! arghhh, itu.... no kOmen!! dan semua-semua laa, tak leyh laa nak list kan nanti berjela sangat entry c'chemp ni...hehehe...



 


waaa~~ cantikkan kek-kek ni?? ahaksss.. harapan laa c'chemp nak makan kalau dah cenggini cantiknya... c'chemp frame jer nanti! lalalalala...

mOOd: chocolate fudge secret recipe satuuuuuuu!!



p/s: rindu nak makan sama-sama dengan nazirah, farahima & lanae!! missing you girls...



c'chemp



Friday, February 4

buddy: ajib



hai! kembali ke segmen buddy c'chemp... hehehe... perkenalkan, seorang kawan c'chemp yang c'chemp tak pernah lagi jumpa sejak kitorang kenal, kalau tak silap since habis form5 yakni tahun 2007 sampai laa ke hari ini...macam mana kitorang boleh kenal ea?? em, 8tually c'chemp tak berapa engat sudah, hehehe... tapi, rasanya ajib time tu ter-missed call nombor c'chemp.. klise kan??  hahaha, tapi tak kisah laa janji c'chemp dapat kawan yang baik macam ajib ni..

ajib sebaya dengan c'chemp... yang menarik nya, tarikh kami dilahirkan sama cuma berlainan bulan je... paham tak?? ngeee... maksud c'chemp ajib lahir bulan12 tapi c'chemp lahir bulan2, cuma tarikh tu pada 6hb...
once during my birthday, ajib buat kezutan untuk c'chemp... dia call c'chemp then nyanyi lagu birthday sambil main gitar!! waaa~~~ sweet kan2? haaa, maka siapa2 nak dapat kezutan mcam c'chemp dapat, boleh laa halo2 denagn ajib.. ahaksss... ajib sekarang ni dalam sem last kat poli, amik bidang elektrik kalau c'chemp tak silap... (maaf ajib, lupa laa!) sapa yang nak ngorat, silakan sebab ajib dah single kembali... ngeee...

kawan c'chemp ni budak baik, so sapa2 yang berkenan nak fren2 dengan ajib ni pastikan anda2 ni pon baik juga tau! kalau tak, c'chemp karate korang...wink2!

ajib, thanx for being my good friend and good listener!! you're the best...






c'chemp



mr.T, selamat bertunang!



selamat menjadi tunangan orang nanti ye, mr.T!! c'chemp doakan mr.T bahagia dengan bakal tunang nanti dan berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat... anyway, terima kasih sebab bagitau c'chemp berita gembira tu... i'm happy for you! nanti, jangan lupa kenalkan tunang tu pada c'chemp ya...




p/s; teringat zaman dolu-dolu..ouch!


c'chemp



Thursday, February 3

Let’s discover a few simple truths and build towards healthier and balanced lifestyle choices. Try out now! #NestleProfiler

Let’s discover a few simple truths and build towards healthier and balanced lifestyle choices. Try out now! #NestleProfiler




Let us have a healthier lifestyle!
Try now coz you won't regret it!

blOgwalkin' : hanis zalikha, fatin liyana

at last, i managed to have a visit to the famous amOs blogger in malaysia which are HANIS ZALIKHA and FATIN LIYANA. no wonder the have the very-very large number of followers because they have an interesting blog to be read... plus, both of them are beautiful girl!! hahaha... well, that's the fact...

i've seen hanis zalikha once in the newspaper before...she's got the look! no argument! wawawa... she's also a model and had travel to many places around the world, a lot ya'll!! OMG - i'm envy! hehehe... fatin liyana also a model since i've read her entry about her photoshoot! wow, she's cute... am i jealOus?? no laa, i'm cuter whattt!! hahahaha, so perasaan! just joking tau fatin liyana...you are the dr.cute!

urm, like to have another site visit to other blogs tOday! so, if any interesting blog i've found, i'll let ya'll know soon okay! stay tuned... oh ya, do have a visit to the link up there tau~




p/s: blogwalking, is toll free!! wawawawa...


c'chemp



buddy: niesa


perkenalkan..yang cantik, yang cun, yang comel diatas ni ialah salah seorang best-buddy c'chemp sejak dari sekolah menengah lagi...nickname dia niesa...cantik kan?? bangga tau c'chemp ada kawan yang cantik macam dia...kitorang kenal sejak dari form1 sampai laa sekarang... single atau double??? hahaha, dah agak mesti ada yang tanya kan2?? sorry laa derr, niesa ni dah ada orang yang punya, body builder lagi you pakwe nya niesa ni... nama bf dia ada macam nama c'chemp juga 'SYAZ**',ahakssss cuma ejaan je lain....a little bit pasal niesa, dia sekarang study kat ukm, amik food-tech... dia yang sulung dari 5beradik...ermm, tu je laa... tak leh lebih-lebih... nanti korang melebih! wawawa...

niesa, sayang ko juta-juta lemon!!!! thanx for everything babe.... heart you till die~~~
mmmmuuuaaahhhxxxxxx3!



c'chemp

wOrkshOp : benchwOrk sessiOn

wehuu~~ sabar semua nya ye.. c'chemp tau korang musti rindu dengan c'chemp kan3x??!!!! tak yah cakap, memang dah tahu... hahahaha.. perasaan je kan?? biar laa... ikut suka-suki kita.. hehehe..8tually, c'chemp yang rindu nak buat ebtry untuk readers semua, tapi disebabkan ada hal yang tak dapat nak dielakkan, makanya tertangguh laa entry-entry c'chemp...em, korang nak tau apa masalah&permasalahan c'chemp sepanjang kehilangan c'chemp?? nantikan entry-entry akan datang ok..

but, as a start! the first entry in the month of love, c'chemp nak cerita pasal workshop laa ye.. memang tak ada kaitan dengan tema bulan februari; 'cinta'...tapi, c'chemp masa buat workshop ni sangat 'bercinta'! sebab kena mengerah tenaga manusia c'chemp to the fullest! mana tidak nya, kitorang kena membentuk besi!! kalau masa sekolah dulu dalam kelas kemahiran hidup, kita kikir kayu, gergaji kayu je kan..nah hamik! sekali sekarang, c'chemp potong besi!! mak oi, nak tercabut tangan ni haa... susah, payah, penat TAPI serOnok ya'll...

tapi keje ni kotor laa ye, sebab nak potong besi ni kena guna pelincir atau minyak supaya senang kita nak buat marking pada besi tu dan kasi potong sama dia... habis tangan berminyak, baju hijau kebanggaan c'chemp pun kene minyak juga..uhuk,uhuk...kuturrrrr... tapi tak pa, seronok sangat!

moh kitew nengok sorotan sesi benchwork c'chemp hari tu yep!









p/s; sorry, kemalasan mau tulis caption untuk pic di atas..hehehe



c'chemp