Sunday, April 10

a fan Of : BLACK

assalamualaikum readers semua...
minta kemaafan laa banyak-banyak sebab lama c'chemp tak update blog kesayangan c'chemp ni...sebulan lebih juga laa c'chemp meninggalkan blog ni... ada juga readers yang tanya c'chemp, kenapa lama nau tak update...ala, sorryyyyyy!!! c'chemp tiba-tiba dilanda syndrom 'BLANK' untuk berblog...wawawawa... plus, c'chemp agak sibuk dengan kuliyah dan juga exam final untuk sem ni... sekarang ni, c'chemp dah mula bercuti... maka, ada laa masa semula untuk merepek-kerepek dalam blog ni...

untuk entry kali ni, c'chemp nak mengEKSPRESIkan keterujaan c'chemp dengan BLACK!!! korang semua kenal tak siapa itu black??? kenal kan3x!! juara MENTOR3, protege mami mas idayu... c'chemp sangat minat dengan black ni since dia dekat mentor3 lagi! dengan pula mami mas idayu jadi mentor dia... nahh, hamik! siap rotan lagi...hahahaa...suara black memang sesedap rasa..meletOp!


...BLACK MENTOR3...


c'chemp pernah terserempak dengan black..tapi bukan sorang, dia dengan buah hati dia lerrr... masa tu, c'chemp tengah merewang dengan kawan dekat midvalley...time tu tengah lunch laa kan, sekali nampak black!!! melompat c'chemp... tapi tak ada laaa c'chemp pergi bergambar ke atau nak autograph black... yela, tak mO kacau dia dengan makwe dia.. hehehe... so, kita tengok laa dari jauh... ngeee~

c'chemp minat sangat sangat sangat sangat dengan lagu 'SOFEA JANE'!! hebatttt.. sampai masuk AJL25 gitu, showmanship jangan cakap laaa.. soooooo, simple but classy! suka sut putih black masa tu... c'chemp dah dengar lagu DEWI ALEEYA tapi SOFEA JANE tetap the best! hahahaha...

dan tadi, ada mentor5...black ada!!!! suka-suki sangat... mami mas idayu jadi juri jemputan, so black pon ada laaa... nama pun anak mami... hehehee... black pandai buat lawak! serius c'chemp gelak guling-guling masa black dok komen lepas mami mas idayu buat persembahan... habis laa black, dia kene hambat ngan mami mas idayu... hahahaha...

apapun, BLACK.............. jangan lupa diri, wishing you all the best!!! GO BLACK GO!!!




p/s: nak jumpa BLACK!!!!!!!!!!!!!!



c'chemp


Saturday, March 12

semalam KAU RAKAN, hari ini KAU SAHABAT


semua orang tahu, susah untuk ada ataupun cari seorang kawan yang sentiasa ada bersama dengan kita tak kira sama ada kita sedang senang, susah, bergelak ketawa mahupun berduka lara. tapi hari ini, c'chemp dengan bangga nya nak bagitahu pada readers semua yang c'chemp ada sahabat yang seperti itu.

umum tahu, ada perbezaan antara kawan dan sahabat. betul? kawan atau rakan, hanyalah mereka yang datang dalam hidup kita sama ada seketika mahupun selamanya. rakan tidak akan dapat memahami dan mengerti tentang diri kita sendiri seperti mana seorang sahabat mampu melakukannya. sekali berkawan, dia adalah kawan kita dari mula hingga akhir. sahabat... penentuan dia adalah sahabat kita bergantung pada masa dan situasi. ada yang dinaik-taraf sebagai sahabat dalam waktu yang singkat dan ada yang memerlukan waktu yang panjang.

dan seperti yang c'chemp maklumkan di awalan tadi, semalam dia adalah kawan dan rakan c'chemp. tapi hari ini, dia adalah sahabat c'chemp. penaikkan taraf dia dari seorang rakan kepada seorang sahabat adalah disebabkan satu situasi yang membuka mata c'chemp bahawasanya, dia adalah seorang sahabat yang susah dicari.

situasi yang dimulakan dengan satu pesanan ringkas (sms) yang secara sekilasnya hanya biasa-biasa sahaja, perbualan antara rakan. tapi dengan sms biasa-biasa itu, beralih kepada panggilan telefon yang bagi c'chemp agak mencurigakan,

" kau okay? "
" kau sekarang dekat mana? "
" kau dekat rumah mana? "
" dengan siapa? "
" kau dengan siapa sekarang? "
" kau tak da pape kan? "


itu antara perbualan kami. ada nada bimbang dan risau melalui suara sahabat c'chemp itu. lepas bertanyakan dengan lebih lanjut sebab musababnya, akhirnya suatu persoalan terlerai. tidak perlu c'chemp nyatakan disini kerana bagi c'chemp agak privasi. tapi yang pasti, apa yang berlaku pada c'chemp hari ini membuatkan c'chemp sedar yang ada orang yang mengambil berat tentang diri kita yakni seorang sahabat.

tahun ni masuk tahun ketiga perkenalan kami, kalau kami mesra orang akan ingat kami ni ada apa-apa tapi kalau kami tidak bertegur sapa orang akan kata kami bermasam muka. semua itu adat dalam bersahabat, ada turun dan naik ada pasang dan surut nya. apapun, terima kasih dengan kejadian hari ni wahai sahabat! c'chemp tak kisah kalau c'chemp bukan sahabat dia, tapi dia adalah sahabat c'chemp kerana semalam KAU RAKAN, hari ini KAU SAHABAT!



p/s: kau tahu aku maksudkan siapa...


c'chemp


Saturday, February 26

"kalau akak dapat FOUR FLAT, ayah amik Myvi tu!!"

mari c'chemp mulakan dengan dialOg sentap daripada ayah c'chemp...

"kalau akak dapat FOUR FLAT, ayah amik Myvi tu!!"

rasa macam kena pukau pula... hahaha.... then, c'chemp tersedar!!! alamak, kena 4flat baru dapat kereta??!! aigOOO.... itu tak mustahil tapi macam susah je nak capai.. ngeee~~ tapi sebenarnya mengikut perancangan dan kira-kira c'chemp, c'chemp nak bawa kereta ke uia pon bila c'chemp dah masuk ke tahun-2 kat uia ni... sekarangkan masih lagi as freshie di uia, so jalan sekitar uia ni pon c'chemp ingat-ingat lupa lagi, nanti tak pasal-pasal tersesat, tak sampai ke uia! siapa nak jawab??

bab kereta ni timbul sebab moto yang c'chemp bawa ke uia, tak habis-habis pancit je memanjang... last pancit, minggu lepas...itu yang kali ke-4!!! kadang-kadang rasa macam ada " tangan jahat " jahat yang buat  semua tu... tapi dipikirkan semula, takkan laa pula sebab siapalah c'chemp dekat uia tu, bukan MPP pon!! perasaan jerrrr....lalalala..

sekian, terima kasih!





p/s: OH myvi!! yOu'll be mine...



c'chemp

Tuesday, February 22

blOgwalkin' : maria elena, caersasuke, nerdy nadea

sempat jugeekkkk c'chemp blOgwalkin' hari ni..hehehe...ok, hari ni c'chemp sempat terjah 3 blOg yang menarik... firstly - MARIA ELENA; maria bubuh nama link dia as 'peliks', tettt!! pelik ker?? readers semua try laa nengok apa yang pelik nya tentang maria elena ni.. bagi c'chemp she's cute sebab dia main belasah je apa yang dia nak buat, be herself! plus, maria ni ala-ala yuna laa sikit kalau tengok kepada style dia pakai shawl..emm, cantik! next blogger - CAERSASUKE; ni mesti kaki tengok anime ni kan?? yelaa kalau dah nama cenggitu...hahaha...lupa laa macam mana c'chemp boleh ter-terjah blog caer ni, tapi yang pasti blog dia sangat menarik sebab caer banyak cerita tentang benda-benda yang amazing+wonderful miracles kat dalam dunia ni..ada satu post tu caer cite pasal 'lubang terbesar di dunia'.. wOw, menakjubkan! go caer go! dan blogger terakhir yang diterjah blOg nya oleh c'chemp - NERDY NADIA; orang nya comel je...nice to see...blOg pon best juga nak dibaca...

so, readers semua...sila-silakan menerjah blOg mereka bertiga yang di atas tu ye...selamat malam!



c'chemp


it's MINE



" MUDAJAYA SCHOLARSHIP"
"UEM SCHOLARSHIP"
"HONDA 2011 SCHOLARSHIP"



..mine and mine...






c'chemp

Thursday, February 17

"kalau ada apa-apa abang mesej tau", kata mohd din

situasi1, jam 2000

mohd din : ayang, tengah buat apa??
c'chemp : baru lepas solat...abang tido ke tadi?
mohd din : haah, abang baru bangun...penat sangat...
c'chemp : emmm, bangun solat dulu... lepas tu sambung tido, ok!
mohd din : okay laa, abang solat dulu ye..
mohd din : kalau ada apa-apa abang mesej tau...
c'chemp : alaaaaa...
mohd din : hahahhaha [gelak besar-besar]
mohd din : kesian dia...
c'chemp :  ye laaa, time ada apa-apa je abang baru nak mesej...cehhh...
c'chemp : dah laa, bangun!! solat dulu...
mohd din : ye, abang solat ea...



situasi 2, jam 2059

mohd din : dah makan?
c'chemp : dah..kat mana tu?
moh din : kat kedai, tengah tunggu makanan sampai...
mohd din : malam ni abang ada keje sikit dengan abang K...
mohd din : tido dulu ok...
c'chemp : ye laa..
c'chemp : cakap sikit ayat tu!
mohd din : nanti abang mesej, abang ada keje sikit malam ni...
c'chemp : cakap ayat penuh...
mohd din : [sambil gelak] abang ada keje malam ni dengan abang K...
mohd din : [sambil gelak] ada apa-apa nanti abang mesej ayang..
c'chemp : kecewa!
mohd din : [gelak lagi] alaaa, senang cakap macam ni laa...
mohd din : abang tak mesej malam ni...
mohd din : tengah malam sikit kalau abang free, abang call...ok??
c'chemp : hahahhahaha...[gelak guling-guling]
c'chemp : dah laa, saya gurau je...tapi frust laa jugekkkk...




p/s: dah macam nak kena ada appointment kan dengan bf sendiri?? hahaha.. kalau ada apa-apa baru nak mesej, kalau tak de apa-apa tak yah mesej...gitu??? renung-renungkan~~




c'chemp

Tuesday, February 15

buddy: leanna

c'chemp demam! uhukuhukuhuk. tapi, semangat! sebab mau tulis entry for my next buddy...
siapakah?? tadaaa~~




inilah dia LEANNA ahmad... macam-macam sebutan nama budak sorang ni...kejap Lana, kejap Lane, kejap Le-an-na... tapi serius, c'chemp suka panggil dia dengan nama LE-AN-NA! kenapa?? alaa, ada macam nama omputih sikit, ye tidak?? hehehe...

meh nak story sikit macam mana c'chemp kenal leanna ni...once upon a time~~ masa tu sem3 dekat  CFSiium, c'chemp duduk di hostel 'berhantu' namanya Mahallah Asiah ataupun AC...nak dipendekkan cerita, leanna ni adalah salah seorang rum8 c'chemp dalam bilik105...mula-mula tu biasa laaa, malu-malu kambing kan memasing, pastu dah lama semua naik 'syeikh' - tunjuk perangai memasing...hehehe..

sebelum ni, c'chemp tak ketahuan langsung pasal 'korean phenomenon', cuma c'chemp tahu pasal winter sonata, autumn in my heart dan my love patzi jer..yang lain, kirim salam laa nak tahu... maka, leanna ni rupanya korean fan...dan makanya, leanna laa yang dok kenalkan kan c'chemp dengan apa segala macam pasal korean arts... nak-nak masa tu tengah hot meletOp lagu SHinee - Ring Ding Dong... nah amik ko! tiap-tiap malam dok dengar dan tengok mv lagu tu... dan jangan terkejut, kalau c'chemp bagitau 1bilik kami - c'chemp, leanna, nazirah dan farahima, berlatih sakan dance lagu tu... tak percaya?? percayalah...hahahaa...

leanna sangat comel! hari tu time birthday c'chemp, dia tak wish on time...pastu esok nya, dia call... "shaz, aku mintak maaf...aku tak ingat, bukan aku lupe!! aku tahu besday ko, tapi..." ahhhhh, banyak laa ko nye kereTAPI leanna!! hehehee.... xpe, janji nanti jumpe kena denda, wOkey?!

c'chemp sayang dia! sebab?? entah, dia salah sorang rum8 c'chemp yang best! Oh ya, she's taken already okay guys.... sorry laa derr... =)



p/s: leanna kuat tido+makan, tapi comel je..




c'chemp

Monday, February 14

14 FEB & Leftenan Adnan

salam maulidur-Rasul kepada semua readers...tapi itu untuk esok bersempena dengan kelahiran idola kita semua yang beragama Islam, yakni junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w! ok, tapi itu untuk esok laa 15 FEB 2011...tapi, c'chemp nak cerita pasal hari ni 14 FEB 2011, takpun kita buang tahun 2011 tu maka jadi 14 FEB jer.. apa yang menarik sangat dengan tarikh keramat 14 FEB ni??? toiiinkkkkk!! dah dapat agak bukan?? 14 FEB sangat sinonim dengan HARI KEKASIH... ye ker??  dari mana laa pula tarikh 14 FEB ni boleh jadi hari untuk mereka yang berkasih?? haaa, itu readers semua kena selongkar sendiri, c'chemp malas nak cerita... tapi, yang penting HARAM bagi kita nak sambut ataupun mengagungkan 14 FEB sempena HARI KEKASIH...


OK! CUTTTTTTTT....

kembali kepada niat asal c'chemp...sebenarnya idea untuk tulis entry ni datang masa c'chemp dinner dengan kawan c'chemp tadi...masa tu pula tengah Buletin Utama dekat tv3...keluar satu gambar ni...alaaa, gambar ni yang kat bawah ni... cetengok-cetengok (cuba+tengok=cetengok)!



 ...inilah dia wira negara - Leftenan Adnan Saidi...


 Leftenan Adnan- ihsan dari wikipedia

          Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.
          Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
          Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .


nak dipendekkan cerita 14 FEB yang c'chemp maksudkan ialah tarikh dimana Leftenan Adnan dan rakan-rakannya telah terkorban semasa menentang askar Jepun pada waktu itu...kejam!! cara Leftenan Adnan dibunuh oleh askar Jepun sangat tragis... sila baca!

          Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
          Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. 
     Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
          Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).


dan sebenarnya, c'chemp sangat bangga setiap kali ada orang bercakap tentang Leftenan Adnan..sebab nya ialah C'CHEMP PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN LEFTENAN ADNAN (batch '97-'02)!! weehuuu~

tadaaa!! yang ni lencana sekolah c'chemp - SKLA... dah bertahun dah c'chemp tinggalkan sekolah ni, tapi nama SKLA sentiasa ada dalam ingatan c'chemp...

...LENCANA SKLA...


dan yang ini pula buku sekolah..alaa, kan tiap-tiap akhir tahun akan ada buku pasal aktiviti yang sekolah buat, gambar kelas bagai..haaa, ni namanya TITIAN SKLA... tengok tu, siap ada gambar Leftenan Adnan lagi...




...TITIAN SKLA...


selongkar punya selongkar, rupanya SKLA pon ada blog jugekkk..ahaaakksss! tahniah2, satu movement yang baik oleh pentadbiran sekolah...tapi siapa ek guru besar sekarang??? ermmm, seingat c'chemp zaman c'chemp dulu Cikgu Abdul Jalil pastu ganti dengan Pn Rapichah...pastu dah tak tau...ngeh3x...


itu hanya banner blog SKLA jer, nak tengok sila laa ke blog SKLA dan sekarang ni, rasa sangat rindu dengan kawan-kawan SKLA, cecikgu SKLA, skandal2 di SKLA (woOOppsss! abaikan) dan semua nya!!

rasanya juga, readers semua tahu dan pernah tengok ataupun hanya tahu dan tak pernah tengok filem yang tentang perjuangan Leftenan Adnan...ketahuan?? haih, bagi yang tak tahu tu... c'chemp tak tahu nak cakap apa kat korang.. huhuhu... tapi bagi yang tahu, mesti dapat bayangkan macam mana keadaan Leftenan Adnan dan rakan-rakan berjuang pada waktu tu kan...sadis! siapa-siapa yang belum tengok, silaaaa rajin-rajinkan tengok filem patriotik ye...

...filem patriotik Leftenan Adnan...



apapun, yang penting disini c'chemp nak pesan untuk diri sendiri dan semua readers... sebagai generasi muda, kita patut tahu tentang sejarah! sejarah Malaysia, wira negara, pembelot negara, ekonomi ke pendidikan ke hapa ke, semua kena tahu! sebab sejarah akan berulang, tapi kita mampu jadikan sejarah yang dulunya hitam, kepada yang baik...renung-renung kan ye...


p/s: kepada warga SKLA batch 1997-2002, dimanakah kamu??!!!


c'chemp


Sunday, February 13

HELP!




I AM DESPERATELY NEED MONEY!!


...SHOLARSHIP...
WHERE ARE YOUUUUUUUUUU????!!!


SCHOLAR!!
SCHOLAR!!
SCHOLAR!!!!!!!



come to me!




p/s: if ya'll have any info bOut any SCHOLARSHIP
straight away infOrm ME!!



c'chemp

Sunday, February 6

nur shazleena, 21 tahun


ding...ding...ding...
jam dekat dinding rumah c'chemp berbunyi bila je masa tu tepat pukul 12malam... masuk je 12malam tadi, bermakna dah masuk ke tarikh 6hb FEB... tarikh kelahiran c'chemp! yup, pejam celik pejam celik c'chemp dah masuk 21tahun... alhamdulillah, Allah masih panjang kan umur c'chemp untuk hidup di muka bumi ini...

terima kasih buat semua ucapan hari lahir yang c'chemp dapat; family c'chemp nyanyi lagu birthday pagi-pagi tadi, lagi menarik bila adik c'chemp yang kecik sekali, amirul syahmi pun nyanyi sekali dengan pelat-pelat comel dia..hehehe... ucapan selamat juga daripada mohd.din yang selalu disayangi, sahabat c'chemp seperti nazirah, farahima, niesa, ajib, haiQal serta semua rakan-rakan yang wish c'chemp sama ada melalui panggilan telefon, pesanan ringkas sms mahupun facebook!

semoga c'chemp diberi kasihatan yang baik, diberkati dan dirahmati Allah, disayangi oleh semua orang, sentiasa menjadi diri sendiri, sentiasa menjadi yang lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya..Oh, tidak lupa... semoga lebih matang untuk menghadapi hidup yang penuh dugaan ni! hehehe... sebenarnya banyak ucapan c'chemp untuk diri sendiri, antara lain berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, menjadi anak yang baik, menjadi kakak yang disayangi..hahaha... dan juga, hubungan yang berkekalan dengan mohd.din! ok cOp!! itu namanya menggatal... wawawa....

juga, supaya c'chemp lebih berani bila bawa kereta dekat jalan yang besar macam kat highway tu...tapi pastikan jadi pemandu berhemah ok, xmo laju2.... lebih maju dalam 'business&investment' yang c'chemp buat... pandai masak!!!! arghhh, itu.... no kOmen!! dan semua-semua laa, tak leyh laa nak list kan nanti berjela sangat entry c'chemp ni...hehehe...



 


waaa~~ cantikkan kek-kek ni?? ahaksss.. harapan laa c'chemp nak makan kalau dah cenggini cantiknya... c'chemp frame jer nanti! lalalalala...

mOOd: chocolate fudge secret recipe satuuuuuuu!!



p/s: rindu nak makan sama-sama dengan nazirah, farahima & lanae!! missing you girls...



c'chemp



Friday, February 4

buddy: ajib



hai! kembali ke segmen buddy c'chemp... hehehe... perkenalkan, seorang kawan c'chemp yang c'chemp tak pernah lagi jumpa sejak kitorang kenal, kalau tak silap since habis form5 yakni tahun 2007 sampai laa ke hari ini...macam mana kitorang boleh kenal ea?? em, 8tually c'chemp tak berapa engat sudah, hehehe... tapi, rasanya ajib time tu ter-missed call nombor c'chemp.. klise kan??  hahaha, tapi tak kisah laa janji c'chemp dapat kawan yang baik macam ajib ni..

ajib sebaya dengan c'chemp... yang menarik nya, tarikh kami dilahirkan sama cuma berlainan bulan je... paham tak?? ngeee... maksud c'chemp ajib lahir bulan12 tapi c'chemp lahir bulan2, cuma tarikh tu pada 6hb...
once during my birthday, ajib buat kezutan untuk c'chemp... dia call c'chemp then nyanyi lagu birthday sambil main gitar!! waaa~~~ sweet kan2? haaa, maka siapa2 nak dapat kezutan mcam c'chemp dapat, boleh laa halo2 denagn ajib.. ahaksss... ajib sekarang ni dalam sem last kat poli, amik bidang elektrik kalau c'chemp tak silap... (maaf ajib, lupa laa!) sapa yang nak ngorat, silakan sebab ajib dah single kembali... ngeee...

kawan c'chemp ni budak baik, so sapa2 yang berkenan nak fren2 dengan ajib ni pastikan anda2 ni pon baik juga tau! kalau tak, c'chemp karate korang...wink2!

ajib, thanx for being my good friend and good listener!! you're the best...






c'chemp



mr.T, selamat bertunang!



selamat menjadi tunangan orang nanti ye, mr.T!! c'chemp doakan mr.T bahagia dengan bakal tunang nanti dan berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat... anyway, terima kasih sebab bagitau c'chemp berita gembira tu... i'm happy for you! nanti, jangan lupa kenalkan tunang tu pada c'chemp ya...




p/s; teringat zaman dolu-dolu..ouch!


c'chemp



Thursday, February 3

Let’s discover a few simple truths and build towards healthier and balanced lifestyle choices. Try out now! #NestleProfiler

Let’s discover a few simple truths and build towards healthier and balanced lifestyle choices. Try out now! #NestleProfiler




Let us have a healthier lifestyle!
Try now coz you won't regret it!

blOgwalkin' : hanis zalikha, fatin liyana

at last, i managed to have a visit to the famous amOs blogger in malaysia which are HANIS ZALIKHA and FATIN LIYANA. no wonder the have the very-very large number of followers because they have an interesting blog to be read... plus, both of them are beautiful girl!! hahaha... well, that's the fact...

i've seen hanis zalikha once in the newspaper before...she's got the look! no argument! wawawa... she's also a model and had travel to many places around the world, a lot ya'll!! OMG - i'm envy! hehehe... fatin liyana also a model since i've read her entry about her photoshoot! wow, she's cute... am i jealOus?? no laa, i'm cuter whattt!! hahahaha, so perasaan! just joking tau fatin liyana...you are the dr.cute!

urm, like to have another site visit to other blogs tOday! so, if any interesting blog i've found, i'll let ya'll know soon okay! stay tuned... oh ya, do have a visit to the link up there tau~




p/s: blogwalking, is toll free!! wawawawa...


c'chemp



buddy: niesa


perkenalkan..yang cantik, yang cun, yang comel diatas ni ialah salah seorang best-buddy c'chemp sejak dari sekolah menengah lagi...nickname dia niesa...cantik kan?? bangga tau c'chemp ada kawan yang cantik macam dia...kitorang kenal sejak dari form1 sampai laa sekarang... single atau double??? hahaha, dah agak mesti ada yang tanya kan2?? sorry laa derr, niesa ni dah ada orang yang punya, body builder lagi you pakwe nya niesa ni... nama bf dia ada macam nama c'chemp juga 'SYAZ**',ahakssss cuma ejaan je lain....a little bit pasal niesa, dia sekarang study kat ukm, amik food-tech... dia yang sulung dari 5beradik...ermm, tu je laa... tak leh lebih-lebih... nanti korang melebih! wawawa...

niesa, sayang ko juta-juta lemon!!!! thanx for everything babe.... heart you till die~~~
mmmmuuuaaahhhxxxxxx3!



c'chemp

wOrkshOp : benchwOrk sessiOn

wehuu~~ sabar semua nya ye.. c'chemp tau korang musti rindu dengan c'chemp kan3x??!!!! tak yah cakap, memang dah tahu... hahahaha.. perasaan je kan?? biar laa... ikut suka-suki kita.. hehehe..8tually, c'chemp yang rindu nak buat ebtry untuk readers semua, tapi disebabkan ada hal yang tak dapat nak dielakkan, makanya tertangguh laa entry-entry c'chemp...em, korang nak tau apa masalah&permasalahan c'chemp sepanjang kehilangan c'chemp?? nantikan entry-entry akan datang ok..

but, as a start! the first entry in the month of love, c'chemp nak cerita pasal workshop laa ye.. memang tak ada kaitan dengan tema bulan februari; 'cinta'...tapi, c'chemp masa buat workshop ni sangat 'bercinta'! sebab kena mengerah tenaga manusia c'chemp to the fullest! mana tidak nya, kitorang kena membentuk besi!! kalau masa sekolah dulu dalam kelas kemahiran hidup, kita kikir kayu, gergaji kayu je kan..nah hamik! sekali sekarang, c'chemp potong besi!! mak oi, nak tercabut tangan ni haa... susah, payah, penat TAPI serOnok ya'll...

tapi keje ni kotor laa ye, sebab nak potong besi ni kena guna pelincir atau minyak supaya senang kita nak buat marking pada besi tu dan kasi potong sama dia... habis tangan berminyak, baju hijau kebanggaan c'chemp pun kene minyak juga..uhuk,uhuk...kuturrrrr... tapi tak pa, seronok sangat!

moh kitew nengok sorotan sesi benchwork c'chemp hari tu yep!









p/s; sorry, kemalasan mau tulis caption untuk pic di atas..hehehe



c'chemp

Sunday, January 30

tO yOu

c'chemp akan kembali tak lama lagi
maaf terpaksa buat readers semua ternanti-nanti entry terbaru dari c'chemp
cuma, c'chemp tak boleh nak menaip pabila emosi c'chemp sangat terganggu
harapnya, readers semua sabar menanti kepulangan c'chemp di blog ini ya!
doa banyak-banyak tau!
take care readers...



c'chemp

Sunday, January 23

oH panas: bertunang bulan dua nanti ??


whaTTTTTTTT!!! 

terbelahak c'chemp kot... wooo, sape yang telah menyebarkan khabar angin ini??? siapa kaaahhhhhhh!!! oh tidak! jatuh sudah saham c'chemp...NO-No-No-No-nOOO! dengar sini ye semua...pemberitahuan...tiada pertunangan ke hape ke bulan depan..okay?! clear sudah ye...fuhhh...selesai sudah!

nak tau kenapa c'chemp haru-biru macam ni? al-kisah nya, petang tadi berangkatla c'chemp sekeluarga ke cheras...nak pergi amik kuih yang nenek c'chemp tempah untuk dibawa ke kenduri tahlil dekat rumah sedara c'chemp di sentul...pastu, drop by kejap kat gerai kuih pengasuh c'chemp masa kecik-kecik dulu, c'chemp panggil Mak Ani...then, tiba-tiba datang seorang makcik ni, kenalan family c'chemp juga laa...suka-suki terjah kitorang, siap dengan statement "eh, bukan ke anak tina nak tunang bulan dua ni?" ----> anak tina tu is c'chemp laaa!

dah laa time tu tengah makan kuih, tersedak c'chemp! semua yang ada kat situ; umi, nenek, mak ani, kak adik (anak mak ani) terpinga-pinga! semua pandang c'chemp, aikkk?? bila kurun pula c'chemp nak bertunang ni... tak ada! tak ada! puas laaa c'chemp memangkah statement makcik itu...oH makcik, mengapakah begitu?? huhhu...

kesan dari statement berapi makcik tu, mak ani terus cakap kat c'chemp... "kakak, ko jangan nak ngada-ngada nak kawin awal, habiskan belaja dulu..buat penat je belaja tinggi, nak kawin pula...keje dulu, cari duit pastu nak kawin, kawin laa".  gedebukkkk, amik sebijik!

lalu, umi c'chemp pula tambah... "entahnya, tak sempat lagi nak merasa duit dah kawin dah". amik, lagi sejibik!!! apa ni, sekali dua c'chemp kena... huaaaa~~ saya tak bersalah!!

makcik yang bikin panas tu pula lawan... "ala, apa salah nya... nak-nak dapat yang kaya... senang hidup nanti...". oh NO!!! makcik ni, dia lagi bikin panasssss... maka nya, sebelum 'perang' meletus... c'chemp ajak umi and nenek c'chemp gerak... makin lama kat situ, lagi macam-macam benda yang jadi... yang pening nya nanti ialah c'chemp laa, yang nak menjawab nya..

untuk tidak memusingkan kepala! c'chemp tidak bertunang bulan depan okay!

LOL~~



c'chemp

Friday, January 21

wOrkshOp : cnc milling session

weehuu!! hai readers sekalian..8tually, c'chem hampir terlupa untuk buat entry pasal workshop c'chemp minggu ni...uhukkkk...pelupa sungguh kan3x...ok, alang-alang dah terinagt ni, meh laa c'chemp cerita pasal workshop minggu ni...

untuk pengetahuan, untuk minggu ni c'chemp punya sesioan ialah dengan CNC MILLING...ini berkesinambungan dengan session c'chemp yang minggu lepas yakni, CNC TURNING... alaaa, mesin cnc ni lebih kurang jer bentuk nya, cuma fungsi nya lain sikit...

unfortunately, c'chemp tak dan nak amik pic mesin cnc milling ni sebab tengah FRUST!!! nak tau kenapa?? buat kali ke-2 nye ada error masa c'chemp buat milling tu.. tengah syok2 tunggu mesin milling tu bergerak (autO/cOmputerized), tiba-tiba je ada bunyi TAP!!! semua yang ada kat dalam lab cnc miliing tu terus toleh kat mesin c'chemp and partner....masya-Allah!!!! mata mesin tu PATAHHHHHHHHHHH~~~ oh tidak! kali kedua dah ni....perghhhhh, nak jatuh jantung c'chemp bila tengok mata mesin tu patah... tak terkata apa dah masa tu, sir yang incharge tu pon tercengang...

kecewa sangat...sebab kitorang dah masukkan code yang betul, dah check code tu sebelum run mesin...dah buat segala step yang akak demO tu bagitau..plus, bila sir tu check kalau ada error sebelum mesin tu run, semua ok!! no problem... so what the ****??! OMG... c'chemp sangat frust! dah laa masa turning pon salah, masa milling biasa pon mata patah... nasib baik tak kene bayar mata tu...kalau tak, melayang duit c'chemp... coz it's not our fault man! oooohhh, dear....gasp!

nasib baik juga, sir tu tukar kan mata mesin tu..nah, hambik sekali mata mesin salut EMAS!! kalau patah juga, c'chemp tak tau dah nak cakap ape...kui3x...apapun, kat bawah ni ada 3 keping gambar yang tak seberapa untuk korang tengok-tengok..huhuhu...

 ...group member c'chemp...


...inilah workpiece yang kene buat...


...macam biasa; tuan punya workpiece & workpiece...




ok, tu je...papai...


c'chemp

Wednesday, January 19

3bulan 1minggu 2hari


3bulan 1minggu 2hari
(p/s: ini bukan anniversarry)


terima kasih kepada mohd din abu bakar sebab datang ke uia gombak untuk jumpa dengan c'chemp! ahaaakksssss... tak terharu tapi sangat berterima kasih sebab mohd din akhirnya sampai ke uia....

**mohd din & c'chemp**


-d&s-


Oh abang! thank u....mmmuuaahhhx3!
cakap dekat mak, terima kasih kirim kuih bahulu kat saya!
to abang K, thanx sebab bawa mohd din ke uia!
Oh abang! datang lagi tauuuuuuuu...




c'chemp



dia datang...

jam2008 - monolog kepada diri sendiri



sabar shaz, kejap je lagi dia sampai...sabar ea...tak jauh dah...relax...

tarik nafasssss~~ lepasssss~~ tarik~~~ lepasssss~~~



c'chemp


Sunday, January 16

my TOP SECRET revealed : my HERO



tadaa~~~~ this is it...as i promised ya'll in THIS ENTRY!, i'm gonna tell ya'll bOut my secret...well, it's not really a secret but as i didn't tell too many people bout this matter, so it can be said as a secret of mine...




my HERO! this is mohd din bin abu bakar... so called din! a very short nickname, does he?? hehhee..this year he's going to be 23 and i'm gonna be 21 soon...so, he is 2years olde than me...he was born in malacca and now he is currently "everywhere"...what i mean by that is, emm.... let it be the 2nd secret, ok??!! hahaha...




until now, we have only met for 4times throughout this 8months' relationship...urmm,we aren't like others as we can meet each other frequently....well, it's not a big deal! we are happy as we are today...




so, that is my HERO for ya'll...pray for us, ok??! thanx a lot...take care~


c'chemp

my TOP SECRET revealed : intrO



here it gOes..the time has come... i knOw, there are peOple who damnly wanna knOw bOut my herO! it already 8mOnths we are together and still, we are praying for each other as well as for our relationship to be blessed by Allah, our parents and all of you guys...

just have a glance up there!that is my herO...as ya'll can see from the pic abOve, the pic wasnt that clear...ya'll cant see the real face of my hero yet..but, he will soon!!! very soon..hehehe...just be patiet a little bit more ok??!

soon, ya'll know him...nice guy & nice heart... HE IS MY BITTERSWEET!


c'chemp

Saturday, January 15

perihal berat badan & komik ujang

"kenapa berat badan awak naik sekarang??"
"pakwe awak surO awak gemok ea??"
"ntah2, pakwe awak pon gemOk juga!"

haa, amik! sekali soalan cepu-cemas daa... em, adalaa suatu hari itu, beliau ni pernah menjadi "seseorang" dalam kehidupan c'chemp...tapi itu dulu laa kan, sekarang masih berkawan lagi dan masih berhubung...tup-tup, hari tu...beliau menanyakan segala soalan seperti diatas kepada c'chemp...adehhh, pitam sebentar...hahaha..

tapi, ada betOl nya juga beliau bertanyakan begitu..sebab c'chemp pon rasa yang c'chemp ni sudah gumuk! apa tak nye, walaupun kat uia tu walaupun makan 2kali sehari dan bukannya 3 (sebab breakfast sekali dengan lunch = BRUNCH + DINNER), tapi badan tetap naik juga...entah nape entah! hahaha...

makanya, buat sekian kalinya c'chemp pergi timbang berat kat hospital serdang..ambOi,sampai sepital ye timbang! alaaa, bukan sengaja pon, tak sengaja sebab masa tu tengah teman nenek c'chemp buat check-up...lalu, apabila jumpa je alat timbang rasa jakun sangat..al-maklum laaa, berkurun lamanya tak menimbang berat ni...dulu kalau kt cfs, selalu juga pergi timbang berat dengan rum8 dekat klinik, free lagi! tapi yang elektronik ni, kene bayO 20sen...bayar pon bayar laa....

nak tau result nya?? haaa, tengok tuuuuuueeeee bawah tuuuu...


 ...1st attempt...

...2nd attempt...


jangan gelak ok!!! keciwe tau sebab berat dah sampai 60kg...sOb3x..pastu, c'chemp siap naik 2kali lagi sebab tak percaya tengok berat badan sendiri...emmm, tapi bila c'chemp merungut kat nenek c'chemp, dia kata tak pe...muda-muda tak payah nak diet & kurus sangat...pastu bila report kat umi c'chemp, umi pula cakap yang awak tu tak kawin lagi, tunggu laa lepas kawin & beranak, nanti sana sini kembang...aduh, tak beri semangat langsung! wawawa...

dan bila report dekat  DIN SAYANG, dia kata tak pe juga... siap ada lagi, gemok pon abang tetap sayang... eleh, ye laa tu abang! boleh caya kerrr??? ngeee... ala, sebenarnya c'chemp tak kisah sangat kalau gemok pon..sebab dulu kecik-kecik pernah juga gemok...pastu atas "dorongan" mereka-mereka yang mengejek c'chemp, maka jadi laa kurus kemudian nya... terima kasih muchO-muchO kepada mereka-mereka itu ye! hehehe...

pastu, cuba scroll & tengok gambar yang bawahhh lagi ni...korang kenal tak dengan komik tu?? pernah baca?? suka??

suatu ketika dulu, Ujang ni memang ada dalam tOp list c'chemp bila pergi kedai buku & majalah.... suka sangat! tapi lepas tu, cuba slowdown sikit baca komik ni..last-last terus tak baca sampai laa terbeli yang satu ni, edisi ke-395!



pakcik kayO!! memang best laa trademark tu.. pastu ada Mat Despatch & Workshop yang memang sangat-sangat c'chemp suka bila layan Ujang ni...emm, kartunis Ujang yang c'chemp tahu is Lepat...hahaha...yang lain, kemaafan laa ye sebab tak berapa lekat diingatan c'chemp..apapun, Ujang the best!!!! senang-senang baca laaa komik Ujang ni, asyik baca Doraemon je..cuba tukar sikit...hehehe



 ...Mat dan Bos nya dan Suzi si buah hati...


...Workshop pon best...




ok,itu jee...sapa ada cadangan nak turunkan berat badan dengan senang, sila bagitau ye...tQ!





c'chemp

Friday, January 14

wOrkshOp : cnc turning session

welcOme back readers semua!this is the third entry for workshop session...kalau nak review balik sesi workshop c'chemp yang lepas-lepas, boleh KLIK SINI dan juga KLIK SINI! ok, untuk kali ni sesi turning lagi sekali, tapi mesin turning ni autO punya! sebab, kita just masukkan coding atau program yang kita nak mesin tu buat! menarik tidak?? of course menarik...

macam c'chemp bagitau, cnc turning ni dia autO, maka kalau kita salah masuk coding maka salah laa jadinya workpiece kita...hari tu, masa masukkan coding, c'chemp dan partner, azani, dah type coding tu betul-betul...pastu bila nak run masin tu, tak boleh sebab salah masuk code! aikkk??!! tadi dah check juta-juta kali dah...boleh salah juga?? ishhhh3x.. tapi xpe, janji lepas dah betol kan, mesin boleh jalan...hahaha...

ok laa, malas nak berceloteh panjang-panjang...silakan menatap gambar-gambar yang sempat diambil semasa workshop itu hari ya! sila-sila...

 ...c'chemp dengan workpice...

 ...cnc lathe turning...

 ...ini laa cnc machine nye, besar sangat!...

...sebelum masukkan coding kat mesin, kita kene try dulu coding tu guna computer simulation...

 ...ada 3stages; turning, grooving & champfering...

 ...yang mengalir itu, namanya coolant untuk smoothen  the workpiece's surface...

 ....yang itu, pastner c'chemp, azani bersama mesin cnc kitorang...

...dan semestinya, c'chemp juga...


as conclusion, cnc turning lagi senang dari common turning dan masa yang diambil lagi singkat untuk workpiece tu siap seperti yang dikehendaki...senang cakap, memang best laa cnc ni...hahaha..suka suki!
wOOt3x~



c'chemp

Tuesday, January 11

" Jika Engkau Pergi "


*tadi lunch dengan ayah kat cafe ameenah...pastu dengar lagu imran ajmain ni, tajuk dia JIKA ENGKAU PERGI...sangat  menarik dan syahdu...*


Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

Monday, January 10

ajl25 - keputusan yang tidak diduga!

haa, sape tengok ajl25 semalam???!!! c'chemp pun tengok juga... semata tak nak balik uia malam semalam untuk tengok ajl dekat rumah... hahaha! bukan apa, best sikit tengok dekat rumah, tv LCD!!! bongkak sungguh! ngeee~ tak dalaa, bukan nak cerita pasal tv kat rumah c'chemp tapi sape-sape yang tengok semalam agak-agak terkejut tak dengan keputusan juri??! huhuhu, bukan nak kondem sesapa pun, sapalah kita ni yang bukan ahli mujik ni nak judge lagu-lagu semalam..tapi c'chemp terasa KENAPA ANA RAFALI??! em...pikir-pikir...

mungkin sebab lagu ana tu lagu puisi, makanya ada kelainan... mungkin2! tapi sedih laa juga c'chemp sebab Black - Sofea Jane tak menang apa-apa.... huhuhu, sedap tau lagu tu... pastu, sangat suka suki dengan performance Yuna - Cinta Sempurna! oren gitu... meletOp! tapi tak sangkut pula kat nombor mana2, akda rezeki laa tu kan yuna kan... ahha!tahniah kat Hafiz - Noktah Cinta sebab dapat anugerah vokal terbaik dan tempat ke-3 ajl25... hafiz, kamu merampas itu title dari black! arghhh, c'chemp keciwe tau2...Black ft MUH - Drama King dapat tempat ke-2, wuhuuuu... cayalah! apapun tahniah laa juga kat sang juara ajl25 ni, Ana Rafali - Tolong Ingatka Aku sebab berjaya mencuri perhatian juri-juri ajl25 semalam.. apapun ana, c'chemp sangat suka lagu awak yang  ni ---- Kalau Berpacaran!

ok, sudah komen pasal result... mau komen pula pasal persembahan artis jemputan... persembahan untuk pembukaan tu memang best sangat amat! sebab dia flashback lagu-lagu yang pernah menjuarai ajl..ada francisca peter, nash lefthanded, m.nasir...tapi mana search?? mana ramlah ram??? mana aisyah?? mana fauziah latiff?? tup2, untuk last segmen tu hanya ada dato'sharifah aini, ziana zain dan the one and only dato' siti nurhaliza... emm, memang potong steamboat laaa macam ni.. kan syok kalau semua ada, tak kisah laaa kalau nyanyi pon part chorus jer...ye tidak??!! hehehe... penerbit ajl25, abang jibam jangan marah ea.... c'chemp bagi komen personal jer... tapi abang jibam, c'chemp solute abang jibam laa sebab STAGE AJL25 MEMANG LAWAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! thumbs up-up...

trio FBI, cheryl samad & ally iskandar memang best!! nasib FBI ngan ally tak gado2 manja macam last season...tahun ni lebih mesra! abg FBI, c'chemp suka sangat dengan "SHUT UP NO SHUT UP" ---- DIAM TAK DIAM!! sumpah kelakar, 1famili c'chemp gelak guling-guling...hahaha...

haaa, tu laa dia...penat dah c'chemp nak menaip ni..rasa mengantok di pagi hari ini..makanya, jemput tido semua readers ye...jumpa lagi~~ caw sin chan!



c'chemp

the 100th post : khas untuk DIN sayang

kepada korang-korang semua!! selamat membaca post c'chemp yang ke-100!! weehuuu~~ akhirnyaaa, capai target untuk post seratus entry... tahniah2... dan terima kasih kepada readers sekalian yang sudi membaca blog c'chemp yang merepek macam kerepek ni... thank you mucho-muchO! dan secara simbolik nya hari ni tarikhnya 10.01.11...  10+01=11...lawa kan??hehehe

dan cuba kamu-kamu jeling tajuk entry c'chemp yang kat atas nu...ada nampak?? ada kan... sebenarnya entry ni c'chemp buat khas untuk seseorang yang c'chemp sayang...namanya terpaksa dirahsiakan sebab keselamatan, aceh-aceh...hehehe... tak da lah, senang cte nickname kekasih hati c'chemp DIN  - senang je nama nya, tak de laa panjang berjela-jela...hari ni yakni 10.01.11, genap 8bulan kitorang together-gather... alhamdulillah, masih on lagi... secara ringkas tentang beliau ni, as dah mention above...namanya din, umur 22tahun, asal dari melaka, sekarang sedang bekerja membantu ayah beliau berniaga, ada 10orang adik beradik...

ok, xmo panjang lebar cerita pasal dia sebab dia ni agak "hOt stuff" sikit...nanti tak pasal-pasal ada yang dok 'usha' dia... *hanya mereka yang tertentu je yang paham apa yang c'chemp maksudkan dengan ayat diatas!*  dan memandangkan entry ni untuk si dia pujaan hati, maka coretan seterusnya ni didedikasikan untuk beliau...jangan marah ea korang, hehehe~


abang,
selamat ulang tahun ke-8bulan, hehehe... tak sangka kan relation kita dah masuk bulan yang ke-8! sebab abang pernah cakap yang relation ni mungkin sekejap sahaja disebabkan "keadaan itu"... tapi kita berjaya selama 8bulan ni kan sayang?? ayang ucap terima kasih sangat-sangat sebab sayang ayang... walaupun kita jauh, at least kita pernah juga jumpa 3kali kan... seronok bila jumpa dengan abang! insyallah, nanti jumpa lagi ea... pastu, terima kasih dengan "hadiah" abang... saya akan simpan baik-baik... abang pon sama, simpan "hadiah" ayang elok-elok tau.. kalau tak, cubit nanti! ayang sayang abang tau, macam tiap-tiap hari ayang cakap... kita ada lagi 7tahun, tapi hari tu abang mintak up jadi 10tahun... kita stick untuk first deal ea? tapi tengok pada keadaan juga ea... ayang selalu doa untuk untuk abang, sama seperti abang selalu doakan untuk ayang... semoga kita diberkati dan direstui kan! sayang kamu...
ayang



ahaksss, jadi keseganan pula c'chemp sebab buat sesi luahan hati kat dalam blog ni.. tapi takpe laa sesekali...kalau dua tiga kali pon c'chemp ape kisah, ye tidak?? hahaha...apapun, diharapkan readers semua still on my side wheneverand ever...janji eaaa~~

sayang readers semua & SAYANG DIN!!


c'chemp


Sunday, January 9

wOrkshOp : turning session

yell-looow@hello...haha...buat bahasa sendiri, kui3x...selamat tahun baru ye! dah seminggu lebih dah kita masuk tahun baru...alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan tahun 2011...alamak! next year 2012, akan...ting,ting,ting! korang dapat agak tak apa yang c'chemp pikir?? hahha, tak kisah betol ke tak agakan korang tu, tak dapat hadiah pon! kuang3x...

whatever laa ye, baca title entry kat atas...sudah??! pandai.. hari ini ye murid-murid sekalian, c'chemp nak bercerita pasal session kedua untuk workshop...nama session tu TURNING SECTION!!! kalau nak didefinasikan ikut nama session ni, turning membawa kepada --- pusingan! makanya, the conclusion is turning machine ni, keje dia menTurningkan raw metal untuk dijadikan workpiece...

...inilah dia TURNING MACHINE...

kali ni, lagi rumit jalan kerja dia... nak kene turning dua kali... kene guna 3 type cutting plate; facing, turning, grooving dan chamfering...korang nak tau makna 3 benda alah ni, sila rujuk kamus yang berdekatan anda, anda, anda!

 ...c'chemp...

 ...my bff, azani...

seperti biasa, untuk menjeleskan "mereka-mereka" yang berkanaan, c'chemp berpasangan dengan azani ye..kemana sahaja, kami akan berdua! auwww..kontroversi gtu...apapun, azani.... i lap u! hahaha...

ok, kami dalam workshop tu adala dalam 3jam semata nak siapkan workpiece yang dikehendaki...putar sana, putar sini...cucuk sana, cucuk sini...ketuk atas, ketuk kiri kanan semua ade...aleh-aleh!!! OMG!!!!

"kenapa dia potong banyak sangat ni haa???! amik caliper, ukur.. haaa 25mm!!!!!!! arghhhhhhhhhhh, dia nak 28mm... sengal laa, dah makan sampai 3mm dah ni!!!"


"panggil akak tu!"


"kak, habis laa kak...kitorang punya dah silap...dia dah out sampai 3mm!"


"haa?? macam boleh jadi macam ni??? isy, dah last stage laaa boleh pula silap nya..awal-awal tak nak silap pula..."


"macam ni kak, tak leh nak chamfer laa ni??"


"em..korang chamfer sebelah je laa, lagi sebelah tu dah tak boleh..nanti masukkan error ni dalam report.."

hurmm, perbualan diatas adalah diantara c'chemp, azani dan akak-akak demo...sumpah! perasaan saat tu sangat bengang, rasa nak buang je workpiece kitorang...sampai azani cakap, dia takut nak tegur c'chemp masa tu sebab ekspresi muka c'chemp sangat tak menarik! ahahahah... sorry azani... tapi, bukan salah azani pon, dan c'chemp tak rasa salah c'chemp... salah mesin tu ke?? boleh jadi... time tu, c'chemp yang set-up mesin tu...dah clear dah, dah hafal dah camne nak set-up...yakin betol! dan2 laa pula boleh salah! tak ke rasa WHATEVER!!!! terus down... terjunam, dan menjunam~~ huuuu, sOb3x...

redha je laa, benda nak jadi...dah jadi dah pon kan...nah, c'chemp bagi tengok hasil kerja c'chemp dan azani... workpiece kitorang ni UNIQUE sikit sebab dia ada "ring"...hahaha...

 ...Our wOrkpiece...

...the "ring" wOrkpiece...


haaa, itu laa dia workpiece kami... cantik tak?? used to be cantik before the UNFORTUNATE ACCIDENT! my heart broken you know... ahh, tak kuasa nak feeling-feeling ek...hehehe..

sekian~~




c'chemp

Saturday, January 1

2011 sudah...

alhamdulillah...selamat datang tahun 2011! dan bye-bye tahun 2010...sedey ea?? xmo sedey-sedey, xmo2... yang berlalu biarkan berlalu...jangan dok kenang-kenang dah...sebab dah memang tak boleh nak digostan dah (nak patah balik)... dah masuk tahun baru, semestinya azam tahun baru apa ya??! c'chemp....em....kurang kepastian laaa...hahaha!! well, c'chemp harap tahun ni lagi baik dari tahun sebelumnya, dalam apa jua keadaan...semoga c'chemp menjadi lebih matang, ngee~~ dan sentiasa disayangi oleh semua.... perasaan jerr.. kui3x..

korang semua sambut new year kat mana ea?? c'chemp punya kelasss ya'll... malam new year pergi dinner kat bandor kajang... makan sate! nyummmm3x... marvellous... sape-sape yang duduk area kajang dan bangi, sure tau mana tempat yang best untuk makan sate, lain dan tak bukan the famOus one ----> SATE KAJANG...lepas makan tu, c'chemp pergi main lari-lari dengan siblings c'chemp; ika & syahmi dekat stadium kajang... seronok! terasa jadi kanak-kanak kembali...lalalalala... jangan marah~ eh tapi ok what, dulu c'chemp runner tau!!!! tapi itu dulu laa, 10 ke 12 tahun yang lepas...ahakkssss....

pastu, tak dan nak tunggu sampai 12.00malam, kitorang 1family just sambut new year kat rumah after dinner tu...tengok bunga api kat tv jerrr..hehehe..ada laa juga kat area rumah c'chemp tu orang main bunga api, tapi agak kureng meriah sikit tahun ni..nape??haaa, itu c'chemp tak ketahuan laa pulokksss...apapunnnn...



SELAMAT
TAHUN 
BARU
2011


c'chemp