Saturday, March 12

semalam KAU RAKAN, hari ini KAU SAHABAT


semua orang tahu, susah untuk ada ataupun cari seorang kawan yang sentiasa ada bersama dengan kita tak kira sama ada kita sedang senang, susah, bergelak ketawa mahupun berduka lara. tapi hari ini, c'chemp dengan bangga nya nak bagitahu pada readers semua yang c'chemp ada sahabat yang seperti itu.

umum tahu, ada perbezaan antara kawan dan sahabat. betul? kawan atau rakan, hanyalah mereka yang datang dalam hidup kita sama ada seketika mahupun selamanya. rakan tidak akan dapat memahami dan mengerti tentang diri kita sendiri seperti mana seorang sahabat mampu melakukannya. sekali berkawan, dia adalah kawan kita dari mula hingga akhir. sahabat... penentuan dia adalah sahabat kita bergantung pada masa dan situasi. ada yang dinaik-taraf sebagai sahabat dalam waktu yang singkat dan ada yang memerlukan waktu yang panjang.

dan seperti yang c'chemp maklumkan di awalan tadi, semalam dia adalah kawan dan rakan c'chemp. tapi hari ini, dia adalah sahabat c'chemp. penaikkan taraf dia dari seorang rakan kepada seorang sahabat adalah disebabkan satu situasi yang membuka mata c'chemp bahawasanya, dia adalah seorang sahabat yang susah dicari.

situasi yang dimulakan dengan satu pesanan ringkas (sms) yang secara sekilasnya hanya biasa-biasa sahaja, perbualan antara rakan. tapi dengan sms biasa-biasa itu, beralih kepada panggilan telefon yang bagi c'chemp agak mencurigakan,

" kau okay? "
" kau sekarang dekat mana? "
" kau dekat rumah mana? "
" dengan siapa? "
" kau dengan siapa sekarang? "
" kau tak da pape kan? "


itu antara perbualan kami. ada nada bimbang dan risau melalui suara sahabat c'chemp itu. lepas bertanyakan dengan lebih lanjut sebab musababnya, akhirnya suatu persoalan terlerai. tidak perlu c'chemp nyatakan disini kerana bagi c'chemp agak privasi. tapi yang pasti, apa yang berlaku pada c'chemp hari ini membuatkan c'chemp sedar yang ada orang yang mengambil berat tentang diri kita yakni seorang sahabat.

tahun ni masuk tahun ketiga perkenalan kami, kalau kami mesra orang akan ingat kami ni ada apa-apa tapi kalau kami tidak bertegur sapa orang akan kata kami bermasam muka. semua itu adat dalam bersahabat, ada turun dan naik ada pasang dan surut nya. apapun, terima kasih dengan kejadian hari ni wahai sahabat! c'chemp tak kisah kalau c'chemp bukan sahabat dia, tapi dia adalah sahabat c'chemp kerana semalam KAU RAKAN, hari ini KAU SAHABAT!



p/s: kau tahu aku maksudkan siapa...


c'chemp


No comments:

Post a Comment