Tuesday, January 5

[abaikan selepas membaca]

SEKADAR LUAHAN HATI


minggu ni genap 3 minggu aku dan mr.T tidak berhubung...seingat aku, 3 minggu sebelum perkara ni, hubungan antara aku dan mr.T sangat baik..walaupun pada sebelumnya juga kami telah bergaduh besar atas sebab-sebab yang tertentu, tapi kami berdua berjaya untuk menyelesaikan perselisihan faham tersebut..dan pada minggu kami telah berbaik seperti sedia kala itu, kami telah bercadang untuk keluar bersama..saat itu, aku cukup teruja kerana kami bukanlah seperti pasangan kekasih yang lain..yang mana selalu sahaja punya waktu dan ruang untuk bersama..dapat berjumpa sekali sekala, sudah cukup buat aku mahupun mr.T sendiri...kerana kami berdua memahami kesulitan masing-masing yang masih belajar dan berlainan tempat belajar...


sebenarnya, hingga ke saat ini, aku masih tertanya-tanya, apa sebab hubungan kami menjadi keruh seperti hari ini.. hendak dikatakan kami bergaduh, pada awalnya ya betul, tapi semua itu telah selesai...aku tidak dapat untuk menghubungi mr.T sejak hari yang mana sepatutnya hari untuk kami berjumpa...sedaya upaya aku cuba untuk menghubungi dirinya...tapi, telefon bimbitnya tidak berangkat walaupun berdering...aku tidak syak apa-apa pada waktu itu kerana memikirkan yang mr.T mungkin sibuk memandangkan dia baru sahaja menghabiskan peperiksaannya pada minggu terbabit..pada sebelah malamnya, aku mencuba lagi untuk menghubungi mr.T menerusi kedua-dua telefon bimbitnya..masih lagi tidak berjawab..aku menjadi bengang..tapi aku tidak membiarkan perasaan itu menguasai diri aku... aku cuba menjadi rasional lalu membiarkan sahaja perasaan amarah aku itu..


setiap hari aku cuba menghubungi mr.T..dan setiap kali itu jugala, tiada sebarang jawapan yang aku terima..kebengangan cukup terasa!!dan aku mula berfikir, adakah aku telah membuat kesalahan kepadanya....dan bila difikirkan semula, segala perselisihan kami, telah kami selesaikan.. tapi kenapa hubungan kami jadi seperti sekarang?? satu persoalan yang sangat merunsingkan diri aku...


teman-teman rapat selalu bertanyakan tentang mr.T...namun, apa yang aku hendak beritahu kepada mereka?? kerana aku tidak tahu langsung dimana mr.T, bagaimana keadaanya selama 3 minggu ini...secara jujurnya, aku rasa sangat tertekan!! ya, sangat-sangat tertekan...tapi aku cuba kuatkan semangat, walaupun yang tinggal hanyalah sisa-sisa kesabaran aku...


bukan aku tidak cuba untuk meringankan beban di hati aku ini dengan berkongsi bersama teman aku yang rapat...namun, pabila setiap kali aku bercerita, aku terasa seperti aku telah mengaibkan mr.T..seperti aku cuba mereka cerita!! segalanya seperti aku cuba meletakkan kesalahan ke atas mr.T...bagi aku ini tidak adil, kerana hanya satu pihak sahaja yang terlibat…


jujurnya,satu sudut diri aku ini, cuba memberontak dengan selalu mengatakan bahawa semua ini salah mr.T!! salah dia kerana dia tidak cuba untuk menjernihkan semula hubungan kami..salah dia kerana tidak memberitahu aku apa kesalahan aku pada kali ini sehinggakan dia tidak mengendahkan aku lagi!! dan yang lebih teruk, 'sudut hitam' aku mengatakan, mr.T sudah ada kekasih hati yang lain!!


seharusnya aku berasa gembira seandainya mr.T sudah bertemu dengan gadis yang lain yang menyintai dirinya lebih baik dari aku...aku tahu, sejak dari dulu lagi, hati aku tidak begitu berkenan dengan mr.T...sehingga ke hari ini...namun, diatas komitmen sebagai teman istimewanya, aku cuba untuk menyayangi dan mencintai mr.T sedaya yang mungkin...aku akui, rasa sayang telah lama terbit dalam diri aku semenjak kami memulakan persahabatan kami 5 tahun dahulu...namun, aku telah berterus-terang kepadanya yang rasa cintai belum lagi bercambah di hati aku...berjuta kali aku memohon kemaafan kepadanya...bahkan aku mengatakan yang aku akan mencuba untuk mencintainya dari masa ke masa...


tatkala aku menulis coretan hatiku ini, aku masih lagi tidak dapat menghubungi mr.T…5hb seharusnya menjadi tarikh keramat buat kami kerana pada bulan Januari 2010, genaplah 5 bulan hubungan cinta kami…yang semakin membuatkan aku terasa hati adalah disebabkan peristiwa semalam…aku mengakses ke laman sembang Yahoo! Dan tiba-tiba ada notis “mr.T offline”! apa maknanya??? Sebaik sahaja aku ‘online’, mr.T terus menukar statusnya kepada ‘offline’!!aku merasakan yang mr.T marah terhadap diri aku…


aku rasakan diriku seakan tidak mampu lagi untuk menahan ujian ini…adakah mr.T sengaja mencipta ‘permainan’ ini, semata untuk menguji diri aku, perasan aku terhadap dia??? Ada kemungkinannya disitu..tapi walauapapun yang aku cuba huraikan bagi setiap persoalan di benak hati aku, akan aku cuba untuk bertahan supaya penjelasan dapat diberikan oleh mr.T sendiri…mungkin dia perlukan ruang untuk berfikir ke mana hala tuju kisah cinta kami ini..


banyak rintangan yang hubungan ini terpaksa tempuhi..baik dari diri kami berdua mahupun pihak keluarga ataupun juga rakan-rakan…seandainya benar mr.T memerlukan masa untuk memikirkan buruk dan baiknya hubungan ini, aku rela menunggu saat itu..namun, aku juga punyai hati dan perasaan..punyai tahap kesabaran yang amat terhad…aku tidak begitu kuat untuk menunggu lagi…


orang kata, menangis merupakan salah satu cara untuk kita meringankan beban dihati kita…aku sangat teringin untuk menangis!!! Menangis sepuasnya supaya aku tidak perlu menyimpan segala perasaan yang sangat mengguris ini di dalam hati…tapi tidak!! Aku tidak boleh!!! Aku bukanlah jenis manusia yang senang untuk mengalirkan air mata….aku lebih rela menyimpan segala perasaan yang terbuku di hati itu sendirian…dan orang juga berkata, kalau kita menyimpan perasaan, buruk padahnya….aku setuju dengan pendapat itu!! Tapi percayalah, bukannya aku tidak mencuba untuk meluahkan, tapi itu bukan cara aku…sepertinya, apa yang aku sampaikan dimulut, langsung tidak sama seperti apa yang berada di dalam hati aku…apalah gunanya jika perasaan yang sama masih lagi bersarang dihati sekalipun aku telah meluahkannya dengan kata-kata??


Secara relevannya,kepada siapa lagi aku harus meminta pertolongan??aku hanya ingin tahu, apa silap dan salah yang telah aku lakukan...kenapa aku diperlakukan sebegini...dan semua ini hanya boleh dijawab oleh mr.T sendiri…tapi bagaimana caranya untuk aku mendapatkan kata dua itu sedangkan tuan empunya badan hanya menjauhkan diri…jauh dan semakin jauh…


Kepada mr.T,

Sayang minta maaf..sayang tahu banyak kekurangan diri sayang sebagai teman istimewa cayunk..sayang minta maaf…kali ni sayang tak kuat, kesabaran sayang semakin hilang…jangan dipanjangkan masalah kita…sayang perlu tahu apa kesalahan sayang pada cayunk..dan cayunk perlu bagitahu apa masalah kita sebenarnya…mengelakkan diri dan berdiam diri itu bukan caranya…tolonglah…

-sayang-


Kepada para pembaca, ini adalah semata-mata luahan c’chemp..bukan niat c’chemp untuk memburukkan sesiapa…cumanya, bagi c’chemp ini adalah tempat untuk c’chemp meluahkan isi hati c’chemp…jangan diambil peduli kisah c’chemp ini…cukuplah sekadar sebagai tatapan anda untuk membacanya…doalah yang terbaik buat kami…sesungguhnya, jodoh pertemuan mahupun hidup dan mati seseorang itu hanyalah Allah yang berkuasa untuk menentukan…sekian~~

6 comments:

  1. Allah x kan sesekali membebankan hambanya di luar kemampuan seseorg itu.. mgkn ada hikmah tuk semua nie.. sy x merasa bnda nie.. anda yg alaminya.. semestinya apa yg anda rase amat perit..
    mang sgt3 susah nak terima.. n semestinya sgt3 sdh.. tp x pelah.. kalau kite trus sbr, something yg lebih baik akan menunggu...
    juz believe dat, setiap dugaan pasti ada hikmahnya..
    n setiap kebahagiaan, datangnya dr kesedihan..
    sy tahu anda kuat!
    kuatkan semangat anda.. anda msh ada kami yg sntiasa berdiri seiring dgn anda...
    love u syg! :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih syg diatas...
    ye, masih ade lagi kekuatan dlm diri ni...
    akan terus bertahan selagi mampu..

    btw..
    xdpt nak syg awak lebih2 coz awak gurl..
    nanti jd lain pl..
    kuang3x..

    love u tooo!!

    ReplyDelete
  3. nasihat sye, bla kita bercinta, jgnla terlalu taksub.. Jgn letak 'sya xley hidup tnpa dia' dlm hati..nnt kita yg susah.. Bersederhana la dlm brcinta... Sbb dia belum tentu lg jd suami kita...jgn terlalu syg nnt kita yg frust menonggek.. Laki relax je xde kita.siap ley cr lain lg..kan?

    Sye bukan nk bprasangka buruk kt mr.t, tp selalunya org larikan diri or avoiding us adlh org yg dh buat salah.or mayb its truth that he needs space..nasihat sye,biarkn je dia.go on with ur life. Prove him that u can live without him.
    And show him, dia yg rugi sbb tggalkan ko.. U r the best girlfren ever.dia xkn jmpe pompan sebaik kamu.. U can do it..!

    ReplyDelete
  4. to saya.perempuan
    trime kasih di atas kata2 semngat anda...
    anyway, life must be go on rite...
    thats what i'm doing now...
    no turning back, no regret...
    i'm cool if he not wif me anymore...
    chaiyOk!!

    ReplyDelete
  5. oo..sabar jew la shaz..aku phm perasaan ko sb aku pernah alami lg perit dari itu sampai satu saat aku x mahu idopkan cinta aku pdnye lg n biarkan ia..hanya yg engkau mampu wat skrg teruskan idop n doakan kebahgian dye..itu jew yg engkau mampu wat..n gud luck n aku tahu ko antara gurl yg baik yg pernah aku kenal selama ni

    ReplyDelete
  6. to anonymous..
    kenape ko anonymous??haih....
    mcm la aku xkenal ayat ko..hehehe..
    thanx bro...

    thank u dgn semangat yg ko bg kat aku...
    =)

    ReplyDelete