Sunday, December 5

" lain kali, jangan pergi kenduri kawin, sebab nanti rasa nak kawin! "


semalam c'chemp attend majlis bersanding kakak kawan c'chemp... c'chemp pergi, macam biasa dengan geng c'chemp; leanna ahmad, farahima hazani & nazirah hamshah... kitorang semua mengosongkan perut masing2 hanya untuk kenduri tu sahaja.. boleh korang bayangkan macam mana tahap "kekosongan perut" kitorang?? well, korang akan faham if korang semua dapat tengok "kuantiti" makanan yang kitorang amik.. sumpah, semua muka tak malu!!! hahaha...

seronok tengok orang kawen... sape yang tak seronok, angkat tangan cepat! tipu..tipu... takkan laa korang tak tumpang happy tengok orang dirikan mesjid... alhamdulillah, sampai juga jodoh diorang kan... hmm.. teringat pula semalam, ada antara kami ber-4 ni berdialog lebih kurang macam ni, " tak sabar nya nak kawin, bila laa turn aku nak kawin kan?? "..." lain kali, jangan pergi kenduri kawin, sebab nanti rasa nak kawin! "... ada betol juga tu, cadangan yang bernasss!

sekarang ni, kawan2 yang seangkatan dengan c'chemp [berdasarkan umur ye] dah mula dah cakap pasal kawin... yang menarik nye lagi, dengar cte sahabat baik c'chemp katanya dah nak bertunang tahun depan.. terkejut?? nope, c'chemp sangat happy dan teruja bila dia yang bgtau c'chemp.. sebab?? haa, sebab nya.. c'chemp sendiri yang tengok macam mana diorang ni kenal, start bercinta, apa problem diorang...kira segala laaa.. so babe, dah 5tahun bercinta, tolong laa cepat2 ikat! paham kan3x... hehehe...

pastu pula, semalam ada laa orang tu dia cakap angan2 dia kalau majlis kawin dia nanti nak macam mana, macam mana.. see... sindrom kawin dah mula bermaharajalela dah... hahaha.. tapi for me, it's not a big deal.. sebab nak tak nak kawin tu benda yang memang sure2 akan kita semua pikirkan... ye tidak??

nak dijadikan cerita laa pula pasal bab kawin ni... hari tu adala c'chemp berdiskusi dengan umi c'chemp... kitorang borak pasal hantaran, mas kawin laa.. itu la, ini la.. perghhh... tak terkata c'chemp.. ku hanya mampu mendengar sahaja.. hehehe.. c'chemp pula masa tu baru lepas tengok cte p.ramlee-ahmad albab.. ala, yang perepuan pinang laki2 tu.. haa, engat tak?? kan ada dialog dia, "mas kawin saya bagi 88dinar, hantaran 2000 serba 2, hangus! " makanya, c'chemp tanya laa kat umi apa maknanya, "hantaran hangus" tu... rupanya tak da hantaran, just mas kawin sahaja.. pastu ada pula term macam "serba satu" and "serba berdiri", fuhhh... payah nak ingat kot!!

pastu, umi c'chemp dah kasi warning [ditujukan kepada umum, termasuk c'chemp] jangan laa kawin lepas habis study... kalau nak kawin juga, memang laa tak sayang parents!! korang paham tak?? maksud umi c'chemp kan... lepas kita grad study, kita mana ada duit nak buat belanja kawin, so mesti laa kene dulukan duit parents... tapi cuba pikir, yang nak kawin tu kita kan, bukan parents kita! so, mesti laa yang empunya badan yang support majlis sendiri... dan juga, bukan laa nak kata parents ni mata duitan, tapi parents nak juga merasa "duit anak2" sebelum anak2 itu berumahtangga... mana kan tidak, kalau dah kawin, mesti laa duit tu diperuntukkan untuk family kita, nak bagi kat parents, belum tentu ada bendanya... ye tidak??

dan juga, yang paling menarik.. secara jujurnya! c'chemp ni tak pandai masak! hahaha... lauk biasa2 tu boleh laa kan.. pastu, my sweetheart always suruh c'chemp kasi pandai masak... ok, fine.. paham laa kenapa dia suruh gitu.. c'chemp ni kan perempuan... lalu, c'chemp tanya laa soalan ni.. "abang, teruk sangat ke kalau perempuan tu tak pandai masak?? " jawapan yang c;chemp dapat, " agak teruk laa juga! " ... jujurnya, c'chemp terasa! hmm...

banyak lagi isu pasal kawin ni... macam2 such as antara dua darjat laa, kawin paksa laa, kawin denagn pilihan keluarga laa.. aihh, tak dapat den nak nolong nya... hehehe, renung-renungkan dan selamat beramal!



c'chemp

2 comments: