Thursday, February 25

kisah 3 jejaka...

abang nak teruskan juga dengan plan dia..nak bantai pegawai dia yang busuk hati tu...walaupun c'chemp tak 100% sokong tindakan abang, tapi c'chemp tak mampu dah nak halang dia..sebab kali ni dia memang nekad dengan keputusan dia! sepatutnya, plan abang dah lamsam minggu lepas, tapi kawan abang halang abang...semalam abang mesej c'chemp, katanya kalau minggu depan tak ada khabar dari abang, maknanya dah selamat dah... kalau betul macam tu, paling tak pun 1tahun ataupun..hmmm, ntahla c'chemp pun tak tahu sampai bila..abang sakit, lama dah dia sakit..takut dia tak dapat bertahan bila kat dalam tu...


iman kembali selepas 1tahun menyepi..genap 1tahun selepas "kejadian itu"! sungguh, c'chemp tak sangka yang iman akan kembali...kalau diikutkan kronologi ceita iman, iman mungkin dah tak ada dah....tapi kuasa Allah kan, iman masih sihat walaupun sakit dia makin teruk...perangai yang sama- bermulut manis, sangat mengambil berat dan suka buat c'chemp menangis!! tapi iman tetap iman, dia datang dengan tiba-tiba dan dia hilang dengan tiba-tiba...bak kata iman sendiri...walau berapa lama pun iman hilang, iman akan tetap cari c'chemp satu hari nanti...dan betul apa yang iman kata, sebab setiap kali dia hilang, dia tetap akan mucul balik....


konan bagitahu, baru beberapa jam sebelum c'chemp menaip entry ni..dan berita ni sangat mengejutkan..konan sakit!!!!!!!!!! OMG!!! konan cakap yang dia dah sakit sejak dia baby lagi...dia dah tak dapat bertahan dah..dia cakap kat c'chemp yang malam ni mungkin malam terakhir dia...kalau ada penderma, bolehla konan buat transplan, tapi malangnya konan kata until hari ni masih tak ada penderma...dan konan kata dia ada lagi 3 hari je...haa????? sampai hati dia, lama kami berkawan tapi baru hari ni dia bagitau c'chemp...


3 orang jejaka di atas adalah mereka yang sangat rapat dengan c'chemp...dan ketiga-tiga mereka punya persamaan: SAKIT!!
sungguh, seandainya c'chemp kehilangan mereka...tak dapat c'chemp bayangkan macam mana keadaan c'chemp waktu tu.....
ya Allah, berkati laa mereka dan panjangkanla umur mereka...aminnn~~

Tuesday, February 16

" Tahajjud Cinta "

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Monday, February 15

"sesungguhnya Allah menurunkan dugaan ke
atas hamba-Nya mengikut kemampuan"



kebelakangan ni hati aku menjadi sangat tidak tenteram....
tak pernah aku merasa kegelisahan hati yang sebegini rupa...
sangat membebankan...
sangat menyakitkan...
sangat meruntun perasaan...

aku seperti menjadi seorang yang bukan seperti aku.....
hati aku tidak tenteram!!
fikiranku gusar!!

sungguh memilukan...
siang hari ku isi dengan menyulam perasaan...
dan malam ku diisi dengan tangisan dan sebak...

tiada siapa yang memahami apa yang terjadi ke atas diri aku...
bahkan aku sendiri tidak dapat memikirkan apakah yang berlaku kepada diri ku sendiri...
namun, aku percaya dan aku redha...
kerana apa yang menimpa diri aku ini merupakan qada' dan qadar yang telah ditentukan oleh Dia...


ya Allah...
seandainya ini balasan yang Kau turunkan disebabkan kekhilafan aku selama ini..
akan ku tempuhi ujian-Mu dengan tabah...
walaupun, ujian-Mu ini sungguh berat...
aku redha...
kuatkanlah semangat hamba-Mu ini, ya Allah...
dalam mengharungi pancaroba kehidupan yang fana ini...

Saturday, February 13

jiwa kacau

Terasa beberapa hari kebelakangan ni, macam ada yang tak kena dalam hidup c'chemp...entahla kenapa sebabnya...dah la sekarang ni c'chemp tengah mengadap final exam c'chemp..dan serius, c'chemp sangat tak suka 'kuasa jahat' yang sedang melanda c'chemp ni...

banyak perkara yang tak best menimpa...pasal carry mark laa, exam la...sangat menguji ujian untuk c'chemp kali ni, mentang-mentangla c'chemp nak grade dah dari cfs ni..time-time ni laa semua masalah yang sepatutnya langsung tak patut berlaku, berlaku juga!!!

kalau cakap pasal carry mark, yang c'chemp 'hangin' nye pasal carry mark untuk subject btQ...untuk subjek ni, carry mark btQ paper (40%) dicampur dengan carry mark kelas tilawah (10%) dan program leadtrain (10%)...basically, carry mark untuk btQ dan tilawah seemuanya okay, c'chemp puas hati...tapi yang tak sedap nya pula bila carry mark dari leadtrain pula sangat laaaa mengecewakan...tak sampai separu pon yang c'chemp dapat, sedangkan c'chemp pergi program tu...

disebabkan terkejut, c'chemp pergi check rekod program tu...seingat c'chemp, yang c'chemp tak pergi hanya untuk hari kedua program...tapi untuk hari pertama c'chemp pasti dan yakin c'chemp pergi...nak saksi??nak alibi??? boleh tanya kat kawan-kawan c'chemp yang satu batch!! opening,program1,program 2, even qiamullail utk mereka yang 'abc' pon c'chemp pergi..tapi yang ada pengesahan kat attendance sheet c'chemp hanya ada 2 sticker je!!! aikkk, pelik bin ajaib bin heran... selidik punya selidik, rupanya ada sesi yang c'chemp pergi tu tak dapat sticker...cehhhh!!! tak pasal-pasal c'chemp yang jadi mangsa..tapi kalau diikutkan bukan c'chemp je yang kena macam tu, ramai lagi rupanya.... memangla c'chemp redha, tapi sakit hati laa sebab yang terkesannya kat carry mark c'chemp, final kot!!!!

pastu pasal exam pula...pon sebab btQ...punya risau pasal carry mark, sampai effect ke hari exam btQ....ada orang sudah bikin c'chemp cuak!!! sebabnya, masa dah hantar paper exam dan da keluar dewan exam, c'chemp terdengar ada seseorang cakap macam ni, “tadi ko jawab untuk term tu dalam arab ke english??”, maka kawan dia jawab, “dalam arab kot”... sumpah rasa nak pengsan kat situ juga!!!!gigil dah lutut c'chemp ni mengingatkan jawapan yang c'chemp buat...kalau salah macam mana?? dah laa carry mark nye ciput, kalau berlambak salah kat paper exam, apelah grade yang c'chemp dapat???

sekarang, ada lagi 5 paper untuk c'chemp hadap dalam masa 1minggu 1hari...semoga semuanya berjalan lancar dan jangan ada apa-apa yang merunsingkan c'chemp...tolonglah, hanya untuk 1minggu 1hari..lepas tu, suka hati laaa sesapa nak ngadu kat c'chemp pasal apapun....

Saturday, February 6

zu re sheng ri kuai le!!


is it 6th FEB already ???

am I now 20 ????

YES!!!

SO,

hApPy BirThdaY tO mE!!!

HAppy BirtHdAy tO me!!!

hAppY BriTHdaY to me!!!

haPPy BIrthdAY tO mE!!!





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
to MYSELF....
i'm wishing you a very blessing 20th birthday!!
may Allah rains upon you with all His blessings throughout your life...
also, may your life surrounded by people who loves and cares abut you...
hoping that your life story will be going smooth...
enjoy your life till the fullest my dear!!!


||HAPPY BIRTHDAY||
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, January 16

|| selingan jer.. ||

anda semua pernah tak terfikir untuk BERKAHWIN???? tettt.....apa ke peliknye c'chemp buka topik ni....isy3x.....tenang wahai cayunk-cayunk c'chemp sekalian ye...sebenarnya, ni ilmu yang c'chemp dapat daripada seseorang yang c'chemp kenali...yang c'chemp panggil dia "ABANG"..

ni apa yang abang bagitau kat c'chemp la ye... kita renung-renungkan bersama...


"kalau abang nak kahwin nanti, abang akan pastikan yang abang ni cukup dengan ilmu agama...sebab tugas suami adalah untuk membimbing isteri dan keluarga dia..maka kalau tak cukup ilmu agama dalam diri abang, macam mana abang nak jadi ketua keluarga yang baik kan..."
"abang tak kisah kalau jodoh abang nanti tak cukup ilmu agama, sebab bila ilmu agama abang dah penuh di dada, insyallah abang akan dapat membimbing isteri abang tu nanti..."
"kalau bab anak pula, abang nak 5 orang anak...yang sulung abang nak lelaki, sebab anak lelaki sulung akan menjadi ketua keluarga bila abang dah tak ada nanti, yang lelaki sulung ni la yang akan jaga adik-adik dia...anak yang ke-2 pon abang nak lelaki, sebab dia boleh tolong abang sulung dia untuk jaga keluarga...yang ke-3 dan ke-4 anak perempuan...yang ke-5 pon abang nak anak lelaki, sebab nya sama, bila abang-abang yang kat atas tu dah ada keluarga sendiri, anak lelaki yang kecik ni boleh jagakan kakak-kakak dia, juga, kalau abang yang 2orang tu dah tak ada, adik lelaki ni boleh jadi wali bila kakak2 ni nak kahwin..."
"abang nak nama kan anak-anak abang dengan nama tokoh-tokoh agama..dan semestinya dipermulaan nama tu ada nama Muhammad, walaupun sorang...sebab, kalau dalam keluarga kita, yang lelakinya sorang pon tak ada nama rasul kita, ibubapa tu akan dianggap jahil pada pandangan agama kita..nama Muhammad tu kan bermaksud 'yang terpuji', dah tu kenapa pula kita tak nak namakan anak kita dengan nama yang baik-baik macam tu kan..."


hurmm, apa pandangan anda semua?? c'chemp rasa ada betulnya apa yang abang cuba sampaikan...kadang-kadang tu, guru agama pon tak pernah nak bagitau kita semua pasal hal-hal macam ni...nampak je remeh, tapi sebenarnya penting sangat...
=)





c'chemp

Friday, January 8

terkubur jua akhirnya...

dan akhirnya.....kata putus dari mr.T,dia mahukan supaya hubungan ini berakhir disini saja disini...ini keputusan dia yang muktamad!! ya muktamad....alasan yang diberikan??? biarlah menjadi rahsia c'chemp saja...tak perlu dipanjang-panjang kan lagi...

semuanya dah berakhir....kali ni mr.T betul-betul nekad sebab dia bagitau c'chemp yang dia sebenarnya dah guna no lain..dia dah tak guna no yang c'chemp tahu....hurmm, patotla kan, c'chemp call dan sms, tak berbalas langsung... =(

maka, dengan rasminya hari ini 8hb JAN 2010, saya, c'chemp telah kembali SOLO!!! dan sila ambil perhatian ye, c'chemp bukan nak sesaja seronok sebab dah kembali SINGLE&AVAILABLE, sedih tu tetap ada tapi c'chemp kene laa terima apa yang dah terjadi..


kepada mr.T,
terima kasih kerana nuncul jua akhirnya selepas lama saya mencari...
terima kasih juga sebab berterus-terang dan memutuskan apa yang perlu dilakukan
dengan hubungan kita...untuk pengetahuan awak, saya tak menyesal dengan hubungan kita..
cumanya mungkin banyak halangan yang kita tak duga dan kita tak
mampu nak tempuh sama-sama...semua memori kita, saya akan ingat...
semoga kita boleh terus bersahabat..


salam sayang~

Tuesday, January 5

[abaikan selepas membaca]

SEKADAR LUAHAN HATI


minggu ni genap 3 minggu aku dan mr.T tidak berhubung...seingat aku, 3 minggu sebelum perkara ni, hubungan antara aku dan mr.T sangat baik..walaupun pada sebelumnya juga kami telah bergaduh besar atas sebab-sebab yang tertentu, tapi kami berdua berjaya untuk menyelesaikan perselisihan faham tersebut..dan pada minggu kami telah berbaik seperti sedia kala itu, kami telah bercadang untuk keluar bersama..saat itu, aku cukup teruja kerana kami bukanlah seperti pasangan kekasih yang lain..yang mana selalu sahaja punya waktu dan ruang untuk bersama..dapat berjumpa sekali sekala, sudah cukup buat aku mahupun mr.T sendiri...kerana kami berdua memahami kesulitan masing-masing yang masih belajar dan berlainan tempat belajar...


sebenarnya, hingga ke saat ini, aku masih tertanya-tanya, apa sebab hubungan kami menjadi keruh seperti hari ini.. hendak dikatakan kami bergaduh, pada awalnya ya betul, tapi semua itu telah selesai...aku tidak dapat untuk menghubungi mr.T sejak hari yang mana sepatutnya hari untuk kami berjumpa...sedaya upaya aku cuba untuk menghubungi dirinya...tapi, telefon bimbitnya tidak berangkat walaupun berdering...aku tidak syak apa-apa pada waktu itu kerana memikirkan yang mr.T mungkin sibuk memandangkan dia baru sahaja menghabiskan peperiksaannya pada minggu terbabit..pada sebelah malamnya, aku mencuba lagi untuk menghubungi mr.T menerusi kedua-dua telefon bimbitnya..masih lagi tidak berjawab..aku menjadi bengang..tapi aku tidak membiarkan perasaan itu menguasai diri aku... aku cuba menjadi rasional lalu membiarkan sahaja perasaan amarah aku itu..


setiap hari aku cuba menghubungi mr.T..dan setiap kali itu jugala, tiada sebarang jawapan yang aku terima..kebengangan cukup terasa!!dan aku mula berfikir, adakah aku telah membuat kesalahan kepadanya....dan bila difikirkan semula, segala perselisihan kami, telah kami selesaikan.. tapi kenapa hubungan kami jadi seperti sekarang?? satu persoalan yang sangat merunsingkan diri aku...


teman-teman rapat selalu bertanyakan tentang mr.T...namun, apa yang aku hendak beritahu kepada mereka?? kerana aku tidak tahu langsung dimana mr.T, bagaimana keadaanya selama 3 minggu ini...secara jujurnya, aku rasa sangat tertekan!! ya, sangat-sangat tertekan...tapi aku cuba kuatkan semangat, walaupun yang tinggal hanyalah sisa-sisa kesabaran aku...


bukan aku tidak cuba untuk meringankan beban di hati aku ini dengan berkongsi bersama teman aku yang rapat...namun, pabila setiap kali aku bercerita, aku terasa seperti aku telah mengaibkan mr.T..seperti aku cuba mereka cerita!! segalanya seperti aku cuba meletakkan kesalahan ke atas mr.T...bagi aku ini tidak adil, kerana hanya satu pihak sahaja yang terlibat…


jujurnya,satu sudut diri aku ini, cuba memberontak dengan selalu mengatakan bahawa semua ini salah mr.T!! salah dia kerana dia tidak cuba untuk menjernihkan semula hubungan kami..salah dia kerana tidak memberitahu aku apa kesalahan aku pada kali ini sehinggakan dia tidak mengendahkan aku lagi!! dan yang lebih teruk, 'sudut hitam' aku mengatakan, mr.T sudah ada kekasih hati yang lain!!


seharusnya aku berasa gembira seandainya mr.T sudah bertemu dengan gadis yang lain yang menyintai dirinya lebih baik dari aku...aku tahu, sejak dari dulu lagi, hati aku tidak begitu berkenan dengan mr.T...sehingga ke hari ini...namun, diatas komitmen sebagai teman istimewanya, aku cuba untuk menyayangi dan mencintai mr.T sedaya yang mungkin...aku akui, rasa sayang telah lama terbit dalam diri aku semenjak kami memulakan persahabatan kami 5 tahun dahulu...namun, aku telah berterus-terang kepadanya yang rasa cintai belum lagi bercambah di hati aku...berjuta kali aku memohon kemaafan kepadanya...bahkan aku mengatakan yang aku akan mencuba untuk mencintainya dari masa ke masa...


tatkala aku menulis coretan hatiku ini, aku masih lagi tidak dapat menghubungi mr.T…5hb seharusnya menjadi tarikh keramat buat kami kerana pada bulan Januari 2010, genaplah 5 bulan hubungan cinta kami…yang semakin membuatkan aku terasa hati adalah disebabkan peristiwa semalam…aku mengakses ke laman sembang Yahoo! Dan tiba-tiba ada notis “mr.T offline”! apa maknanya??? Sebaik sahaja aku ‘online’, mr.T terus menukar statusnya kepada ‘offline’!!aku merasakan yang mr.T marah terhadap diri aku…


aku rasakan diriku seakan tidak mampu lagi untuk menahan ujian ini…adakah mr.T sengaja mencipta ‘permainan’ ini, semata untuk menguji diri aku, perasan aku terhadap dia??? Ada kemungkinannya disitu..tapi walauapapun yang aku cuba huraikan bagi setiap persoalan di benak hati aku, akan aku cuba untuk bertahan supaya penjelasan dapat diberikan oleh mr.T sendiri…mungkin dia perlukan ruang untuk berfikir ke mana hala tuju kisah cinta kami ini..


banyak rintangan yang hubungan ini terpaksa tempuhi..baik dari diri kami berdua mahupun pihak keluarga ataupun juga rakan-rakan…seandainya benar mr.T memerlukan masa untuk memikirkan buruk dan baiknya hubungan ini, aku rela menunggu saat itu..namun, aku juga punyai hati dan perasaan..punyai tahap kesabaran yang amat terhad…aku tidak begitu kuat untuk menunggu lagi…


orang kata, menangis merupakan salah satu cara untuk kita meringankan beban dihati kita…aku sangat teringin untuk menangis!!! Menangis sepuasnya supaya aku tidak perlu menyimpan segala perasaan yang sangat mengguris ini di dalam hati…tapi tidak!! Aku tidak boleh!!! Aku bukanlah jenis manusia yang senang untuk mengalirkan air mata….aku lebih rela menyimpan segala perasaan yang terbuku di hati itu sendirian…dan orang juga berkata, kalau kita menyimpan perasaan, buruk padahnya….aku setuju dengan pendapat itu!! Tapi percayalah, bukannya aku tidak mencuba untuk meluahkan, tapi itu bukan cara aku…sepertinya, apa yang aku sampaikan dimulut, langsung tidak sama seperti apa yang berada di dalam hati aku…apalah gunanya jika perasaan yang sama masih lagi bersarang dihati sekalipun aku telah meluahkannya dengan kata-kata??


Secara relevannya,kepada siapa lagi aku harus meminta pertolongan??aku hanya ingin tahu, apa silap dan salah yang telah aku lakukan...kenapa aku diperlakukan sebegini...dan semua ini hanya boleh dijawab oleh mr.T sendiri…tapi bagaimana caranya untuk aku mendapatkan kata dua itu sedangkan tuan empunya badan hanya menjauhkan diri…jauh dan semakin jauh…


Kepada mr.T,

Sayang minta maaf..sayang tahu banyak kekurangan diri sayang sebagai teman istimewa cayunk..sayang minta maaf…kali ni sayang tak kuat, kesabaran sayang semakin hilang…jangan dipanjangkan masalah kita…sayang perlu tahu apa kesalahan sayang pada cayunk..dan cayunk perlu bagitahu apa masalah kita sebenarnya…mengelakkan diri dan berdiam diri itu bukan caranya…tolonglah…

-sayang-


Kepada para pembaca, ini adalah semata-mata luahan c’chemp..bukan niat c’chemp untuk memburukkan sesiapa…cumanya, bagi c’chemp ini adalah tempat untuk c’chemp meluahkan isi hati c’chemp…jangan diambil peduli kisah c’chemp ini…cukuplah sekadar sebagai tatapan anda untuk membacanya…doalah yang terbaik buat kami…sesungguhnya, jodoh pertemuan mahupun hidup dan mati seseorang itu hanyalah Allah yang berkuasa untuk menentukan…sekian~~

L.O.V.E

dear my cayunk....
today is OUR 5th month of anniversarry....
i wish i can phone u now and directly wish it to u....
but i know, i cant....

happy anniversarry once again...
i know that the past 5months, OUR love story facing a lot of difficulties....
and i know, we both tried OUR best to overcome all those things....

dear my cayunk....
i bare i cant beat ur love towards myself...
from past years until today...

and i do make myself to love u as much that i can....
i swear i did it...
from the time i accept to be urs until today....
and i keep to do it...

~~happy anniversarry~~

Saturday, January 2

saya suka awak!! [part 2]

hye guys..kembali kte utk sambungan cte terhangat drpd c'chemp...sebelum tu, sila ambil perhatian ye, cte yg c'chemp sampaikan ni, adalah cte yg benar lagi betul..xmain la nak reka2 cte ni utk dptkan publisiti murahan@MEN-CA-PUB!

anyway..still remember the [part 1] entry?? if not, better u guys read it once again and then u can continue with this [part 2] entry.. bukan ape, takut ade yg xpaham salahsilah cte ni..eh cOOOPP!! bukan salasilah, tapi krOnOlOgi cte ni k.. wawawawawa~~ =D

before that, memperkenalkan watak baru iaitu MELAH.. MELAH ni is ex-gf kepada si LEMAN.. so, again:
"saya suka awak!!! [part 2]", starrring:
***LEMAN***,***JOYAH*** &***MELAH***


ok, nOw [part 2], lets begin: seperti biasa, modus operandi is SMS ye..

LEMAN= "miss u always, tapi nak wat cmne, xde rezeki nak dengan awak kan..huhuu"
JOYAH= "lerrr, xpela..bukan nye saya sorg je gurl dlm dunia ni..ramai lagi yg ade kat luar tu..
nanti kalau dah jumpe awek lain, jgn lupe inform kat saya taw"
LEMAN= "xmOla..nak tunggu awak juga..insyallah, kalau xde pape jd kat saya..heee"


LEMAN= "kalau nak tahu, semalam MELAH sms saya.. first time lepas kitorg break up..
dia tanya saya, saya syg dia lagi atau pun x!"
JOYAH= "Ou ye??? apa lagi yg MELAH ckp kat awak??"
LEMAN= "dia bercerita pasal hal lama kami..saya xberdendam dengan dia pasal apa
yg dah terjadi...saya terima..."
JOYAH= "emm, xpe2..jgn cte kalau awak xnak cte...not to worry ok =) "
LEMAN= "kalau dia tau, awak kawan dengan saya mesti dia ANTI dgn awak nanti an???"
JOYAH= "xdelaa....mula2 sekali is saya xrampas awak dr dia, kalau itu apa yg MELAH pikir kan..
coz kte dh jadi kawan since MELAH kenalkan saya pada awak masa korg still on lagi..eventhough masa tu status 'kawan' kte still not official, but we still dh kenal dl an?"


***p/s: sebenarnye MELAH tu kawan JOYAH, agak rapat jugalaa..LEMAN kenal JOYAH pun sebab MELAH yg kenalkan diorg.
.yela, senang ade kawan gf, takut ade pape nanti leyh cari kawan tu tanyakan pasal gf, ye x? hehehe***



sambungan....

LEMAN= "saya syg awak!"
JOYAH= "tQ"
LEMAN= "saya akan tunggu awak..itupun kalau saya panjang umur..
awak pon tahukan tuntutan kerja saya macam mana.."
JOYAH= "insyallah..."
LEMAN= "nanti kte msg lagi ea, ade keje sikit..I KILL U.."
JOYAH= "KILL ME??pastu saya dah xde dh..padan muka! =p "
LEMAN= "kill maen2 je laa cyg..jgn la pergi..ku mencintaimu..huuuuu~~"
JOYAH= "awak ni, demam ke?? merepek jer taw..."
LEMAN= "memang pon, demam cinta awak!!"


seterusnya....

JOYAH= "MELAH ade msg lagi??"
LEMAN= "ade,masih tentang hal lama kami.."
JOYAH= "masih marahkan dia??"
LEMAN= "kalau saya ckp xmarah, nanti awak kata saya sayang dia lagi....kalau cakap marah pula, awak engat saya berdendam..entahlaa...saya xnak tahu pasal dia dh"
JOYAH= "wOOppsss!! kemaafan...xniat nak wat awak mOOdy..sorry2"


LEMAN= "hujung minggu ni saya ade keje luar..saya rasa xsedap hati"
JOYAH= "urm..just becarefull ok.."
LEMAN= "yela..kadang2 awak ni mcm adik, kadang2 tu macam kawan,
dan kadang2 macam gf saya..time kasih.."
JOYAH= " wOw, 3 in 1..pakej lagi tu..hahahaha...saya hanya jalankan tugas sebagai kawan..itu sahaja.."
LEMAN= "dia ni suka main2 tau..saya ngah serius ni.."
JOYAH= "eh betol laa..mana ade saya main2.saya serius la ni..nak marah2 pl..huh!!"
LEMAN= "saya gurau je laa..jgn laa amik hati ye..dlm sesuatu hubungan tu mesti ade gurau senda, perselisihan, mesti ade pahit manis..barulaa best, heee"


LEMAN= "kalau saya dengar lagu KERTAS-Kekasih Yang Tak Dianggap,saya mesti engat awak"
JOYAH= "how sweet... =) tapi nape ek??"
LEMAN= "ntahlaa..lagu tu memang untuk awak..kawan2 saya mara kalau tengok saya main msg dengan awak..diorg xbagi saya couple2 lagi"
JOYAH= "diorg tau ke sape saya??"
LEMAN= "xtau pon...diorg tu kesian je sbb saya break up ngan MELAH..
nanti agak2 kalau rindu saya, dengar laa lagu KERTAS tu ye.."


sambung lagi....

JOYAH= "knape awak sayang saya??"
LEMAN= "awk takut saya bls dendam pasal MELAH kat awak ke??"
JOYAH= "eh xde laa sampai ke situ, tanye je..nak tau.."
LEMAN= "engat masa 1st time MELAH kenalkan kte dlm hp?? masa tu MELAH cte pasal awak..
dan saya tau, awak ni baik org nye."
JOYAH= "teeTTT, baiklah sangat...hahaha..biasa2 je saya ni..
jahat juga kekadang..jahat2 nakal gtu.. =] "



############THE END############


hmm, apa pendapat anda semua?? ape kesudahan LEMAN&JOYAH?? MELAH pl macam mana?? c'chemp pon xdpt nak agak ape yg akan jadi..sebenarnye, ade beberapa part sms yg xde coz, request drpd JOYAH...

Ou ye, c'chemp ade dgr ura2, ade yg nak cuba meneka2 sape kah empunya nama LEMAN&JOYAH....sampai ade yg rasa JOYAH tu is c'chemp...haih, jgn la begitu.. kenape korg rasa c'chemp pl?? haaa,mgkn korg musykil mcm mana c'chemp leyh dpt sms2 LEMAN&JOYAH an???

well, e2 rahsia kerajaan ye!! mcm yg c'chemp pernah kOba kan masa [part 1], sms2 ni c'chemp ade ubah2..which means, not totally 100% correct..BUT, c'chemp dh minta permission from JOYAH utk publish kan cte dia dlm blog c'chemp...krenye, b4 entry ni dipublishkan, JOYAH dah saring dl...mana yg dia xberkenan, xdelaa c'chemp masukkan..

so, dh clear ke??? kalau nak teka juga sape JOYAH&LEMAN, silakan...tapi jgn tanya c'chemp eh...secret mehhhh..hehehehe....

adiOsssssa!!




c'chemp

Friday, January 1


*********************************************
GOODBYE-2009
*********************************************
||
||

||

||

||

||

||

||

||

||


*********************************************
WELCOME-2010
*********************************************

Thursday, December 24



|| what I feel today?? ||

****************************************************************



i'm drowning...
going down and down...


i'm exhausted...

no more energy to face it this time...


could i just let it be??

all the time that is what i'm doing...


could i just let it go??
i wish that i could...

i miss thee...
does thee knows that??


*******************************************************************

Sunday, December 20

saya suka awak!! [latest news]

ahha!! adakah sesiapa yg sedang menunggu sambungan kisah LEMAN&JOYAH c'chemp???macam xde jerk??ngeh3...ade kot, musti ade...(c'chemp sorg la tu, wawawa)...

memandang kan "saya suka awak!! [part1]" c'chemp dah published, utk yg "[part2]" punye, c'chemp akan publish kan nanti ea..coz, sekarang kisah budak berdua ni, masih lagi dalm plot yg tidak berapa nak menarik..so, bila dah masuk plot yg best2 sikit, c'chemp akan masuk kan dlm entry yg terbaru nanti...

on the surface la kan, perkembangan LEMAN&JOYAH yg terkini ialah, LEMAN masih lagi cuba utk memikat hati JOYAH...tapi xla macam "part1" tu ye..kali ni, lebih cool and relax...hahaha, ayat c'chemp memang xbleyh blah an2...utk JOYAH pl, dia masih lagi on dengan pakwe hampeh dia tu...

tapi kenape c'chemp kata hampeh?? coz, pakwe JOYAH tu sekarang sedang 'menghilangkan diri'..ntah ke mana, we have no idea bout that...hurm, bagus jugalaa LEMAN masuk jarum, biar padan muke pakwe JOYAH tu, xtau nak jaga awek...bila dah kene rembat nanti baru laa nak terhegeh-hegeh kan...(Oupsss, c'chemp teremOsi pl,heee)....


wokey cayunk2 sekalian...tunggu ye ape berita terkini LEMAN&JOYAH...

caw sin shan!!daaa~~



c'chemp

Tuesday, December 15

saya suka awak!! [part1]

pada entry kali ni, c'chemp dengan bangganye nak menceritakan semula satu kisah yg bg c'chemp sangat la sweet...kisah ni, tentang SUDDEN CONFESSION oleh seorang lelaki kepada seorang perempuan yg mana mereka ni, baru sahaja "declare" sbg kawan xsampai pun 6bulan wpun dah kenal lama....

biar c'chemp kenalkan watak2 kisah ni ye...
***LEMAN*** &***JOYAH***
(wpun nama kelakar&bukan nama sebenar, tapi cte ni betul tau!!!)

terus kepada hari yg berlakunye kisah ni ye, xpayah laa c'chemp nak cte background LEMAN & JOYAH ni dr mula ye.. =)

ade la dlm 2 hari lepas kot... si LEMAN ni, dia call JOYAH ni haa... agak lewat juga laa time tu, dlm kul 2pg ke 3pg... makanye, mereka pon berborak-borak laa seperti biasa (tanya khabar segala la ye).. pastu, pabila kredit hmpir kehabisan, LEMAN & JOYAH ber-sms la pl...

SUDDEN CONFESSION bermula apabila sms mereka berbunyi spt ini...

LEMAN= "siang td saya gi *A*A*G, jalan2 dgn kawan..tringat kat awak, huuuu"
JOYAH=
"teringat kat saya?? Ou, terharunye.....hee"

LEMAN=
"saya suke kat awak"

JOYAH=
" cop!! boleh saya gelak x???? serius, saya nak gelak..."

LEMAN=
"ade pl nak gelak!! org serius, dia main2 pl..."

JOYAH=
"serius?? saya serius la ni...[wawawawaw]"

LEMAN=
"awak, saya serius ni!!"

JOYAH
= "ok2, mtk maf...serius2...sorry2"


LEMAN=
"saya suka pada awak, ikhlas!! hati saya terbuka utk suka kat awak..awak pl??"

JOYAH=
"awak pasti??!! kdg2 tu ble kte kenal dgn seseorang n serasi, kte akan rs yg kte ske kan dia..syg tu ade sb sy syg semua kawan2 sy..ske 2, blom lg kot lgpun kte an br kenal"

LEMAN=
"syg tu lebih tinggi drpd ske..jujur la pada saya.. kalu awak malu, saya xkan tanya lg"

JOYAH=
"Ou ye ke??heee..kalau saya kata yg saya selalu teringat kat awak, e2 ske ke??kalu e2 ske, ye kot"


LEMAN
= "syg saya x??"

JOYAH=
"syg jer (Ou man, saya dh keseganan tahap max ni!!)"

LEMAN=
"saya pon ske kat awak, tp saya malu..at least saya dh berterus terang kalau ape2 jd pada saya kemudian hari nanti"

JOYAH=
"thanx sb ske saya..sgt terharu~~...kalu saya tipu, saya xdpt ape2 ea"

LEMAN=
"so,couple dgn saya?? saya akan cuba yg terbaik utk awak.."

JOYAH=
"kalau boleh, sya terima...tapi xkan saya nak pasang 2 kot..mana nak campak bf saya sekarang ni?? heee"


LEMAN=
"mafkan saya...saya terlupa yg awak sudah berpunya..nampaknye, xde jodoh utk kte.."

JOYAH=
"jgn mcm ni...awak pernah ckp awak ade 8thn lagi an...dlm 8thn tu awak boleh ade banyak pilihan...andainya jodoh saya dgn awak, maka saya dgn awaklaaa nanti"


LEMAN=
"jika ada kekosongan dlm hidup awak nanti, saya akan cuba yg terbaik utk awak"

JOYAH=
"insyaallah..saya mintak maaf kalau saya kecewakan awak..tp serius saya xberniat"

LEMAN=
" saya xmara pada awak...cuma saya tersilap langkah pada awak..saya ok n jgn risau kan saya..cumanya, saya xboleh dah selalu sms n col awak..sbb bila selalu, takut nanti saya xdapat kawal perasaan saya pada awak..."

JOYAH=
"ikut awak la..tp jgn nanti saya ni jd org asing pada awak ye"





################THE END################


ahha!! amacam??? so sweet kan..... pada c'chemp kan, LEMAN tu so gentleman sbb dia berani meluahkan perasaan dia pada JOYAH coz diorg xpernah jumpe!!! just tukar2 gambar jew... part yg paling c'chemp ske is sms dr LEMAN


"saya xmara pada awak...cuma saya tersilap langkah pada awak..saya ok n jgn risau kan saya..cumanya, saya xboleh dah selalu sms n col awak..sbb bila selalu, takut nanti saya xdapat kawal perasaan saya pada awak..."


macam ade aura jer ayat LEMAN tu..hahahaha...so, ape kesudahan mereka ni?? ntahlaa..kalau ade pape infO, c'chemp publish kan kat blog ni ea... mari kte doa2 kan LEMAN&JOYAH ni berkesudahan baik... aminnnnnnnnnnnnnnnnn... =D
[Ou ye, cte ni CTE BENAR ok...c'chemp olah sikit2 skripnye...tp org yg sebenarnye, dh bagi permission kat c'chemp...HAK EKSKLUSIF gtu]

ok daaaaa~~~





c'chemp

Thursday, November 5

dear shaz...
semoga anda bertabah dengan ape yg anda sedang lalui...
minggu ni amat menyeksakan diri kamu..
ya!
anda mungkin telah memberitahu teman2 anda, apa yang anda sedang alami dan rasai...
tapi...
sesungguhnya, apa yg anda sampaikan itu tidak sepenuhnya sama dengan apa yg ada dalam hati anda...
sikit pon tak mengurangkan apa yang kamu rasai..
kenapa??

shaz...
tolonglah sedar!!
tolonglah jgn salahkan diri kamu dengan apa yg berlaku..
walaupun pada awal nya, mungkin itu salah kamu..
tapi, cuba pikir balik...
sampai bila???
sampai bila kamu nak rasa bersalah..


shaz....
kuatkan hati kamu...
kuatkan !!!
kamu geram...kamu marah..kamu kecewa...kamu terguris...
biarkan perasaan itu...
menangis???
itu bukan cara kamu shaz!!
bukan!!!

serikan hari kamu dgn mambuatkan org disamping kamu ketawa..
bila mereka gembira, kamu juga gembira..
ya!!
inilah caranya!!!
sentiasa ceria dan merasa bahagia, walaupun hati kamu berduka..


p/s: love u shaz